Sukan

TMJ Terganggu Dengan Kualiti Pengadil Di Sukan Malaysia

Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mempersoalkan kecekapan para pengadil tempatan, yang mana beliau lihat sebagai lemah jika mahu dibandingkan dengan negara-negara lain.

Tengku Mahkota Johor yang lebih dikenali sebagai TMJ, percaya pergaduhan yang berlaku pada hari Isnin dalam perlawanan di antara Johor dan Terengganu di temasya Sukan Malaysia yang bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, boleh dielakkan jika pengadil bertindak tegas.

Tengku Ismail turut berkata insiden itu adalah sama seperti apa yang berlaku ketika perlawanan persahabatan Bawah-23 pasukan kebangsaan menentang Emiriah Arab Bersatu di Stadium Shah Alam bulan lepas. Di mana pergaduhan terjadi apabila pengadil perlawanan gagal untuk mengawal keadaan. Malaysia menang 2-0 dalam perlawanan itu.

“Saya tidak suka melihat perkara seperti ini berlaku. Ia tidak patut digalakan oleh mana-mana pihak,” ujar Tunku Ismail apabila membalas soalan kepada peminat menerusi akaun Twitternya.

“Saya juga berasa pengadil gagal untuk mengawal perlawanan dengan baik. Sama seperti Bawah-23 Malaysia ketika menentang UAE bulan lepas, di mana pengadil tidak dapat mengawal permainan.”

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menggesa jawatankuasa pengadil FAM untuk meningkatkan kualiti pengadil-pengadil tempatan.

“Ia telah berlaku banyak kali, termasuklah di dalam Liga Super. Perlawanan Piala AFC dan Liga Juara-Juara AFC contohnya, berjalan dengan sangat lancar. Kualiti pengadilan di negara kita perlu dipertingkatkan.”

Pengarah teknikal JDT, Alistair Edwards sebelum itu telah mengkritik kualiti pengadilan di Sukan Malaysia, dan meminta FAM untuk melihat ke dalam perkara ini.

JDT tewas 2-1 kepada Terengganu, yang menyebabkan kempen Sukan Malaysia mereka berakhir setelah mereka tewas dua kali berturut-turut.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker