Sukan

Gol Wan Kuzain Terbaik Bulan Ogos Di Amerika

Wan Kuzain Wan Kamal, pemain bola sepak Amerika yang mempunyai darah Malaysia, pasti akan memperingati hari jadinya yang ke-20 dengan lebih istimewa selepas dia memenangi anugerah gol tercantik untuk bulan Ogos di United Soccer League (USL).

Pengunguman itu dimuat naik ke laman sesawang rasmi USL serta Sporting Kansas City pada hari Isnin.

Gol hasil sepakan percuma Kuzain pada 29 Ogos yang lalu memberikan inspirasi kepada pasukannya, Swope Park Rangers untuk datang dari belakang dan menewaskan Tulsa Roughneck FC 2-1 di Children’s Mercy Park.

Sepakan percuma yang melencong itu menerima 30% daripada undian keseluruhan, menewaskan sembilan lagi calon gol terbaik.

Penjaga gol Tulsa, Fabian Cerda pada mulanya meluru ke sebelah kiri sebelum menyedari dia sudah terlambat untuk memberikan sebarang reaksi.

Gol yang dijaringkan Kuzain mengikat mata 1-1, sebelum rakan sepasukan Hadji Barry menjaringkan gol kemenangan.

Kuzain yang akan menyambut hari jadinya yang ke-20 pada hari Jumaat ini, telah menjaringkan 2 gol dalam 16 perlawanan pada musim ini untuk kelab Swope Park Rangers.

Dia turut menjaringkan satu gol dan membuat satu assist pada perlawanannya yang kelapan di Kelab Major League Soccer (MLS), Sporting Kansas City, membuatkan dia pemain pertama dengan darah Malaysia yang menjaringkan gol di liga teratas Amerika.

Pada bulan Julai yang lalu, Kuzain dipilih untuk menyertai skuad MLS, yang terdiri daripada pemain-pemain tempatan sahaja, apabila mereka bermain untuk pasukan Bawah-20 Mexico, Tigres UANL.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker