MalaysiaPolitik

Rakyat Sudah Penat Dengan Politik Negara?

Peratusan keluar mengundi untuk pilihan raya kecil di Balakong, Seri Setia dan Sungai Kandis adalah yang paling rendah dalam tempoh sembilan tahun yang lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihanraya, peratusan keluar mengundi di Balakong adalah sebanyak 43% manakala hanya 44% pengundi yang mengundi di Seri Setia. Pilihan raya kecil Sungai Kandis bulan lepas menyaksikan jumlah keluar mengundi sebanyak 49.8%.

Ini jauh dari Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei yang menyaksikan jumlah peratusan mengundi yang besar sebanyak 82.32%, walaupun ia diadakan pada hari bekerja.

Ketiga-tiga kerusi itu sebelumnya mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi – Balakong (88.2%), Seri Setia (84.44%) dan Sungai Kandis (85.8%).

Walau bagaimanapun, menurut laporan The Star, jumlah peratusan keluar mengundi di ketiga-tiga kerusi pilihan raya kecil itu adalah yang terendah sejak 2009.

Kebanyakan pilihan raya kecil dan parlimen yang diadakan antara tahun 2009 dan 2017 mencatatkan jumlah pengundi sebanyak 70% hingga 80%, dengan peratusan yang paling rendah adalah sekitar 65%.

Pada 31 Mei 2009, pilihan raya kecil Penanti mencatatkan hanya 46.15% atau 7,100 pengundi yang menjalankan tanggungjawab mereka.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan calon PKR Datuk Mansor Othman memenangi kerusi itu, membuka jalan bagi beliau untuk dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I.

Pilihan raya kecil yang menyaksikan peratusan keluar mengundi kurang daripada 60% ialah pilihan raya kecil Chempaka pada Mac 2015 pada 55% dan pilihan raya kecil Bukit Gelugor Mei 2014 (56.04%).

Keletihan pilihan raya umum telah dijelaskan sebagai faktor di sebalik peratusan mengundi yang rendah. Ia juga disebabkan oleh tempoh cuti panjang di samping tempoh berkempen yang terlalu panjang selama 21 hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ia akan mengkaji sebab-sebab di sebalik peratusan yang rendah. Suruhanjaya itu juga akan menilai semula sama ada amalan tempoh kempen sehingga 21 hari adalah sesuai.

Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata mereka telah menerima pelbagai reaksi terhadap pilihan raya kecil Balakong dan Seri Setia, yang mempunyai tempoh kempen terpanjang dalam sejarah negara.

PH pada Sabtu lalu memenangi kerusi Seri Setia apabila calonnya, Halimey Abu Bakar, menerima 13,725 undi dan mengalahkan calon Pas Dr Halimah Ali yang memperoleh 9,698 undi.

Di Balakong, calon PH Wong Siew Ki mengekalkan kerusi itu dengan 22,508 undi dan mengalahkan calon MCA, Tan Chee Teong dengan majoriti 18,533 undi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker