Sukan

Malaysia Tutup Mulut Honda

Pasukan kebangsaan memenangi perlawanan menentang Kemboja, apabila muncul dari belakang untuk menamatkan saingan dengan mata 3-1 di Stadium Olimpik Kebangsaan pada malam Isnin. Ia sekaligus menidakan pengurus baharu mereka, Keisuke Honda kemenangan di perlawanan pertamanya bersama Kemboja.

Selepas tewas 2-0 kepada Taiwan di dalam perlawanan persahabatan mereka pada Jumaat yang lalu, jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe melakukan lima pertukaran pada barisan permulaannya dengan Akhyar Rashid, Nasir Basharudin, Syazwan Andik, Khairul Fahmi Che Mat dan Rawilson Batuil.

Anak buah Cheng Hoe mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan padang tiruan akibat lopak air yang terkumpul kerana hujan lebat yang turun pada awal hari itu.

Dengan sokongan 40,000 peminat tempatan, Kemboja bermula dengan baik dan hampir menjaring gol pertama perlawanan apabila sepakan percuma pemain import Terengganu, Thierry Chantha Bin sekadar menggegar palang pintu gol Malaysia pada minit ke-3.

Kemudiannya mereka berjaya membolosi gawang Malaysia pada minit ke-17 selepas pemain pertahanan Malaysia gagal untuk mengeluarkan bola dari kawasan penalti mereka, menyebabkan bola daripada sepakan percuma Chantha Bin disambut Soeuy Visal lalu merembat bola itu melepasi Khairul Fahmi Che Mat.

Cheng Hoe kemudiannya membawa masuk Shahrel Fikri Md Fauzi, Amirul Azhan dan Fazly Mazlan pada minit ke-58, dan percaturannya itu membuahkan hasil.

Shahrel yang bermain untuk kelab Thailand, Nakhon Ratchasia, memainkan peranan penting apabila dia melakukan dua assists kepada Shahrul Saad dan Syazwan Andik pada minit ke-62 dan 74. Ia adalah kali pertama mereka menjaringkan gol buat Malaysia.

Shahrel kemudiannya menjaringkan gol ketiga Malaysia pada minit ke-92, sekaligus meringankan beban yang digalas pasukan kebangsaan.

Mereka mempunyai tiga lagi perlawanan persahabatan sebelum memulakan saingan Piala AFF, menentang Sri Lanka pada 8 November di Colombo, Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat pada 12 Oktober dan Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November nanti.

Di dalam saingan Piala AFF, Malaysia telah diletakkan di dalam Kumpulan A, bersama-sama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker