Gaya HidupKerjaya

Bilakah Hari Terbaik Untuk Menghantar Resume Kerja

Apabila anda melihat pekerjaan yang anda suka, anda akan menghantar resume. Cukup mudah, bukan? Tidak banyak yang terfikir sama ada hari itu adalah hari terbaik untuk menghantar résumé atau sama ada anda perlu menunggu hari lain.

Terdapat perbezaan besar pada hari-hari yang boleh mengakibatkan resume anda hilang dalam timbunan ‘inbox’ emel atau dilihat dan diperhatikan dengan teliti oleh bakal majikan.

Menurut Jack Kelly yang menulis di Forbes, setiap hari adalah berbeza dan seseorang yang sedang mencari kerja perlu mengetahui hari yang terbaik untuk menghantar resume mereka.

Adalah biasa bagi orang ramai untuk berasa tertekan pada hari Ahad kerana perlu kembali bekerja. Kadang-kadang, kegelisahan itu menjadi sangat buruk sehingga prospek untuk kembali bekerja menjadi sangat menakutkan.

Untuk melegakan kerunsingan itu, orang akan mencari dan memohon pekerjaan baru. Ini memberi mereka kuasa dan kawalan terhadap keadaan mereka kerana kemungkinan mencari peluang baru yang lebih baik memberi mereka harapan.

Malangnya, terdapat sejumlah besar orang yang merasa seperti ini dan petang Ahad menjadi masa yang paling popular untuk menghantar resume.

Bagi kebanyakan orang, walaupun mereka menikmati kerja yang dilakukan, pagi hari Isnin biasanya tidak menyenangkan. Hujung minggu telah berakhir dan mereka perlu kembali ke rutin harian yang tidak begitu menyeronokkan.

Mereka akan mula berfikir dan berharap bahawa mesti ada cara yang lebih baik. Sekali lagi, sama seperti hari Ahad, faktor dan perasaan ini mendorong mereka untuk mula menghantar resume pada hari Isnin.

Menjelang hari Selasa dan Rabu, orang ramai mula menjalankan rutin harian mereka dengan rela hati. Mereka yang tidak berpuas hati atau hanya mencari peluang yang lebih baik menyerahkan resume mereka, tetapi alirannya sedikit berkurang. Namun penghantaran resume pada hari Selasa lebih banyak berbanding hari Rabu.

Dari hari Khamis hingga Sabtu, kadar penghantaran résumé mula berkurangan. Ini disebabkan oleh orang ramai mula selesa berada di tempat kerja mereka. Selain itu, menjelang akhir minggu, orang ramai akan menangguhkan penghantaran resume dan menunggu sehingga hujung minggu untuk mula mencari pekerjaan.

Berikut adalah cara anda boleh memanfaatkan trend ini. Untuk meningkatkan kemungkinan résumé anda mendapat perhatian, elakkan menghantarnya pada hari-hari sibuk iaitu hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu. Anda tidak mahu resume anda hilang dalam timbunan ‘inbox’.

Jika anda menghantar resume pada hari Khamis, Jumaat atau Sabtu, terdapat kebarangkalian yang lebih besar jika seorang perekrut akan melihatnya dan mempunyai masa untuk benar-benar mengkaji semula dokumen itu. Malah, perekrut profesional memantau e-mel mereka pada hujung minggu untuk mengelakkan calon pekerja mereka diambil oleh perekrut lain.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker