Sukan

Kemboja Mahu Belasah Malaysia

Jurulatih Kemboja, Keisuke Honda mengishtiharkan bahawa pemain-pemainnya tidak gentar dengan pasukan Malaysia apabila mereka bakal bertemu di dalam pertandingan persahabatan antarabangsa, yang akan berlangsung di Stadium Olimpik Nasional pada hari Isnin.

Dan dengan hampir 40,000 keping tiket telah pun habis di jual untuk perlawanan itu, penyokong pasukan tempatan memberi harapan tinggi kepada Honda bagi mendapatkan kemenangan.

Walaupun Honda hanya dapat berlatih bersama anak-anak buahnya selama enam hari sahaja, bintang dari Jepun itu percaya strateginya mempunyai potensi yang besar.

“Kami tidak sabar untuk bermain menentang Malaysia. Kami telah berlatih untuk beberapa hari dan saya percaya kami mempunyai pemain-pemain yang bagus. Mereka yang berpengalaman serta yang muda turut berada bersama kami.

“Ia tidak akan menjadi mudah untuk menewaskan Malaysia, tetapi kami tidak gentar. Saya menganggarkan ia bakal menjadi perlawanan yang sengit dan pemain-pemain saya akan buat yang terbaik,” ujar Honda di satu sidang media hari ini (Ahad).

Honda yang berumur 32 tahun pernah membantu Jepun mencapai kemenangan di Piala Asia 2011, membuat keputusan yang menggemparkan apabila dia mahu menjadi jurulatih kepada pasukan Kemboja.

Honda masih belum bersara daripada bermain, kerana dia akan bermain untuk kelab Melbourne Victoria di Liga Australia pada bulan Oktober nanti.

Bekas pemain AC Milan itu yang turut menjaringkan gol di Piala Dunia 2010, 2014 dan 2018, dijangka bakal memulakan satu revolusi bola sepak di Kemboja.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker