Sukan

Jepun Vs Chile DIbatalkan Selepas Gempa Bumi Melanda Sapporo

Perlawanan di antara Jepun dan Chile telah dibatalkan selepas sebuah gempa bumi menggegarkan kepulauan Hokkaido pada hari Khamis yang lalu.

Tujuh orang dilaporkan terkorban selepas gempa bumi yang berukuran 6.7 pada skala Richter telah menyebabkan tanah runtuh, dan menyebabkan puluhan orang di masukkan ke hospital serta jutaan rumah dan pejabat perniagaan terputus bekalan elektrik, menurut laporan sumber tempatan.

Satu kenyataan yang dikeluarkan persatuan bola sepak Jepun berkata mereka telah membatalkan perlawanan di Sapporo akibat gegaran itu, yang dikesan berpusat 60km tenggara bandar itu.

“Kami hulurkan ucapan takziah dan kami seikhlas hati bersimpati dengan mereka yang telah terjejas akibat gempa bumi yang menggegarkan bahagian timur tengah rantau Iburi di Hokkaido,” kata persatuan itu.

“Akibat gempa bumi ini, Persatuan Bola Sepak Jepun telah mengambil keputusan untuk membatalkan perlawanan Piala Cabaran Kirin 2018 di antara pasukan Samurai Blue (pasukan kebangsaan Jepun) dan Chile yang dijadualkan berlangsung di Sapporo Dome pada 7 September 2018.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira tahap kerosakan yang telah dialami, termasuk kerosakan terhadap infrastruktur penting seperti terputus bekalan elektrik dan gangguan pengangkutan yang teruk, serta memastikan keselamatan semua penonton dan penyokong pasukan pelawat.”

Perlawanan ini sepatutnya menjadi perlawanan pertama pasukan kebangsaan Jepun di bawah kendalian Hajime Moriyasu, dan Jepun dijadualkan menentang Costa Rica pada 11 September di Osaka.

Pasukan kebangsaan Chile memuat naik mesej ke media sosial, demi meyakinkan peminat di negara mereka bahawa mereka semua selamat berikutan gempa bumi itu.

Pemain-pemain dan pegawai kejurulatihan Chile tiba di Sapporo awal minggu lalu untuk menentang Jepun sebelum berjumpa dengan Korea Selatan pada hari Selasa.

“Kami telah dimaklumkan delegasi La Roja berada di dalam keadaan sempurna berikutan gempa kuat yang melanda Sapporo,” tweet Persatuan Bola Sepak Chile.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker