BudayaGaya Hidup

Kejamkah Pelaksanaan Hukuman Mati di Jepun?

Sistem hukuman mati di Jepun dikritik sebagai kejam tetapi masih tetap popular dan mendapat sokongan umum secara meluas.

 

Mengapa Kejam?

Walaupun banduan telah dipenjarakan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun, mereka hanya akan diberitahu tentang hukuman beberapa jam sebelum digantung.

Lebih teruk lagi, banduan penjara bukan dihukum oleh pakar profesional tetapi oleh kakitangan penjara biasa dan pengawal menerima bayaran tambahan sebanyak 20,000 yen (RM745) untuk setiap pelaksanaan.

“Ia mengerikan, badan banduan melantun seperti objek 70kg pada tali nilon,” kata Toshio Sakamoto bekas pengawal penjara yang pernah menyaksikan banduan dijatuhkan hukuman mati dan menyifatkan proses itu sebagai “tidak tertanggung”.

Mekanisme tali gantung dikawal oleh butang di bilik bersebelahan, ditekan secara serentak oleh beberapa pegawai dan tidak ada yang diberitahu butang mana yang yang akan menyebabkan banduan jatuh.

Related image

 

Para Pengawal Dipertanggungjawabkan Melakukan Proses Tersebut

“Para pengawal yang ditugaskan untuk melaksanakan hukuman tersebut tidak menerima sebarang kaunseling. Mereka dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pelaksanaan itu sendiri,” jelas Sakamoto lagi kepada AFP.

Jepun adalah satu-satunya negara demokrasi perindustrian utama selain Amerika Syarikat yang melaksanakan hukuman mati.

Sistem itu mendapat perhatian antarabangsa pada bulan Julai 2018 apabila hukuman mati dijatuhkan ke atas 13 orang banduan tetapi kaedah merahsiakan tarikh hukuman dikecam kerana dianggap kejam terhadap banduan, keluarga dan pengawal.

 

Hukuman Mati Dalam Masa 6 Bulan Tetapi Bertukar Menjadi Bertahun?

Di bawah undang-undang, hukuman mati harus dilakukan enam bulan selepas disahkan oleh mahkamah tertinggi.

Namun hakikatnya di Jepun, para tahanan menunggu selama bertahun-tahun untuk menerima hukuman. Jepun kini mempunyai sejumlah 110 banduan yang menunggu hukuman mati.

“Banduan biasanya diberikan notis beberapa jam sebelum pelaksanaan hukuman, tetapi ada yang tidak diberi amaran sama sekali,” kata Amnesty International dalam satu kenyataan baru-baru ini.

“Para tahanan ditahan secara terasing dan tidak pernah tahu bila mereka akan dibunuh kadang-kadang selama beberapa dekad manakala keluarga hanya dimaklumkan selepas pelaksanaan hukuman,” kata Amnesty.

Bantahan pelaksanaan hukuman gantung

 

Adakah Rakyat Jepun Setuju Dengan Hukuman Mati?

Penerimaan sokongan awam yang luas dijadikan alasan untuk kerajaan mengekalkan hukuman mati tetapi terdapat perdebatan umum yang sedikit kerana keseluruhan proses itu dijalankan secara rahsia.

Sebuah kaji selidik kerajaan Jepun menunjukkan 80% mengatakan bahawa hukuman mati adalah “tidak dapat dielakkan”, dengan hanya satu daripada 10 yang memihak untuk menghapuskannya.

Tetapi 38% berpendapat ia harus dimansuhkan jika Jepun memperkenalkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol iaitu kod hukuman yang tidak dibenarkan pada masa ini.

Show More

Related Articles

Back to top button