Gaya HidupKerjaya

Wanita Cantik Ini Dicabar ‘Boss’ Untuk Masuk Hutan Sendiri

Kerjaya dalam bidang pemuliharaan hutan sememangnya sebuah kerjaya yang mencabar dan hanya segelintir orang yang betul-betul meminatinya.

Menempuhi cabaran di hutan yang tidak dapat diduga dan tinggal di dalam hutan jauh dari kehidupan norma manusia moden tentunya tidak dapat dilakukan oleh sembarangan orang.

Perkara ini akan menjadi lebih luar biasa jika ia diceburi oleh wanita.

Sumber Imej : Malaysia news today

Sebuah perkongsian cerita yang dilakukan oleh seorang pengkaji pemuliharaan di akhbar TheStar sangat menarik perhatian apabila wanita cantik berketurunan Bidayuh Filipina ini menempuhi cabaran-cabaran dalam kerjayanya di dalam hutan.

Minat yang mendalam terhadap alam sekitar oleh gadis yang dibesarkan di bandar Kuching ini tumbuh apabila sering pulang ke kampung halaman ayahnya di Bau.

Kini berusia 41 tahun, pengalamannya sepanjang menempuhi kerjaya sebagai pemulihara hutan boleh dijadikan panduan bagi peminat yang cintakan alam sekitar.

Dicabar oleh ‘boss’ masuk hutan berseorangan

Dalam bidang pemuliharaan hutan ini sememangnya tidak ramai wanita yang boleh bertahan lama.

June Rubis bersyukur di ambil kerja setelah tamat pengajian sarjana muda dalam bidang Biologi di Simon Fraser University di Kanada dan sarjana di Oxford University tanpa pengalaman kerja di lapangan.

Bekerja dengan Wildlife Conservation Society (WCS) yang berpangkalan di New York sememangnya sukar apabila June harus memecah stereotaip wanita berjiwa halus di dalam kerjaya mencabar mental dan fizikal.

Mengakui kemungkinan imejnya tidak seperti pegawai pemuliharaan yang biasa, tugasan pertamanya ialah untuk membanci populasi harimau di Kuala Krai.

“Saya dihantar ke Pahang untuk memasang perangkap kamera bagi melihat pergerakan harimau mahupun haiwan lain yang lalu. Bersama saya ialah beberapa Orang Asli dan seorang jejaka Melayu sebagai penolong saya ketika itu. Saya rasa mereka akan fikir saya akan berhenti kerja setelah itu tetapi sebaliknya saya mencintainya!”, cerita June.

Gangguan seksual tidak dapat dihindari 

Sewaktu baru menceburi bidang pemuliharaan ini, tidak pernah terlintas di fikirian June Rubis tentang risiko menjadi wanita dikelilingi lelaki dan jauh di dalam hutan. Beliau hanya tekad untuk membuktikan kemampuannya sebagai wanita dalam bidang ini.

Sememangnya gangguan seksual terhadap wanita dalam bidang pemuliharaan ini sangat mencabar dan Rubis tidak terlepas daripadanya.

Pernah diajak kahwin lari semasa bertugas di Kalimantan adalah antara kisah yang dikongsinya. Walau bagaimanapun ini seharusnya tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mengambil wanita berkerja dalam bidang ini.

Suara Orang Asli

June Rubis kini sangat bergiat aktif dalam menjadi suara komuniti orang asli terutamanya di Sarawak.

Walaupun beliau lebih selesa dengan keadaan di dalam hutan dan melakukan penyelidikan serta berkomunikasi dengan masyarakat tempatan tetapi beliau sedar beliau juga harus menyuarakan pendapat di persidangan dan media tentang pemuliharaan.

Pada yang masa yang sama, kesedaran tentang hak dan suara orang tempatan atau orang asli yang menjadikan hutan sebagai sumber dan rumah mereka harus didengarkan dan diambil kira dalam setiap usaha pemuliharaan.

“Kita tidak boleh menidakkan ilmu mereka sebagai kerja orang lama atau tidak penting, walaupun ilmu saintifik orang Barat sudah tertanam dalam usaha pemuliharaan. Melalui kerjaya saya dengan komuniti tempatan, saya mendapati bahawa ilmu warga tempatan adalah sangat bermakna.

Seperti ‘orang utan’, warga tempatan tidak menggelarkan mereka dengan nama itu sebaliknya ‘maias’ atau ‘mawas’ digunakan untuk spesies orang utan yang berlainan,” kata June Rubis.

June mengakui orang tempatan sebenarnya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang alam sekitar dan ia sangat membantu para pengkaji untuk memahami spesies haiwan tersebut.

Orang Malaysia harus lebih menonjol

Kebanyakan ilmu pemuliharaan adalah berpandukan ilmu orang Barat walhal ramai orang Malaysia sendiri telah melakukan kajian yang baik terhadap pemuliharaan negara.

Menurut June, tidak ramai orang Malaysia yang mahu kehadapan dan menonjolkan hasil kerja mereka terutamanya wanita.

Oleh itu June menyarankan untuk para penyelidik tempatan menulis dan bercakap di dalam persidangan terutamanya tentang budaya orang asli mahupun hidupan liar tempatan melalui perspektif kita.

Imej terencana: June Rubis (twitter)

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker