AntarabangsaIsu Semasa

Pekerja Google Bantah “Projek Rahsia” Syarikat Dengan China

Bulan lepas, lebih seribu kakitangan Google telah meluahkan kekecewaan mereka sambil mengadakan bantahan terhadap “projek rahsia” syarikat itu dalam membina enjin carian bertapis khusus untuk China.

Kakitangan turut meminta gergasi internet tersebut untuk menjadi lebih telus mengenai butiran projek yang dikenali sebagai “Dragonfly” itu agar mereka boleh memahami implikasinya ke atas etika kerja mereka.

Dalam surat bantahan yang ditulis dan ditandatangani oleh 1,400 pekerja-pekerja berkenaan, mereka menyatakan bahawa pembinaan enjin carian itu serta ‘kesanggupan’ Google untuk mematuhi syarat-syarat penapisan internet China “menimbulkan isu moral dan etika” yang kritikal.

“Buat masa ini, kami tidak mempunyai maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan beretika mengenai tugas kami, projek kami, dan pekerjaan kami,” kata mereka.

Memetik laporan Independent UK, surat bantahan tersebut telah diperoleh dan disiarkan oleh The New York Times.

Difahamkan juga, Google sebelum ini pernah menarik diri daripada memasuki pasaran China pada 8 tahun lalu kerana membantah tapisan maklumat yang dikawal ketat oleh kerajaan Beijing.

Namun awal bulan lepas, syarikat itu dilihat mula ‘berminat’ semula untuk kembali ke China, namun tiada butiran terperinci yang menjelaskan sebab-sebabnya.

Projek “Dragonfly” juga dibangunkan secara berahsia dan besar-besaran, dan ia mencetuskan kemarahan dalam kalangan kakitangan Google yang bimbang dan tidak tahu jika mereka sebenarnya sedang membangunkan teknologi yang akan memberi membolehkan kerajaan China untuk ‘memegang’ maklumat-maklumat rakyatnya.

“Kita benar-benar memerlukan lebih ketelusan, perbincangan, dan komitmen untuk melaksanakan proses secara jelas dan terbuka.

“Kakitangan Google perlu mengetahui apa sebenarnya yang sedang kita bangunkan,” kata pekerja menerusi surat itu.

Namun begitu, Google enggan memberi sebarang komen atau “membuat spekulasi” berhubung perkara itu buat masa ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker