BudayaTempatan

Festival Amerika Latin Ke-10 Akan Berlangsung Pada 23 Sept

Edisi ke-10 Festival Amerika Latin meraikan dekad persahabatan dan pertukaran budaya dengan Malaysia menerusi muzik, gastronomi, tarian serta kraftangan, kata Duta Besar Mexico kepada Malaysia Carlos Felix Corona.

Festival sehari itu, yang juga merupakan perayaan budaya Amerika Latin terbesar di Asia Tenggara, akan berlangsung pada 23 Sept di BB Park Bukit Bintang dari pukul 11 ​​pagi hingga 6 petang.

“Festival ini melambangkan persahabatan yang erat di antara rantau Caribbean dengan Malaysia, selain memperkukuh hubungan antara negara-negara. Acara ini adalah antara festival yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai di Kuala Lumpur,” katanya.

Acara tahun ini, menyasarkan antara 7,000 hingga 8,000 pengunjung dan akan memberi peluang bagi rakyat Malaysia untuk menikmati persembahan kebudayaan, kepelbagaian dan kekayaan Amerika Latin dan Caribbean yang begitu memukau, selain makanan tradisional serta kraf tangan mereka.

Kedutaan Amerika Latin, iaitu Argentina, Brazil, Colombia, Cuba, Ecuador, Mexico, Peru dan Venezuela, akan mendirikan gerai makanan dan minuman sendiri, dan juga akan memaparkan kraftangan dan maklumat pelancongan.

Tarikan lain termasuk gerai foto 3D, lukisan muka dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik termasuk tiket penerbangan dua hala ke Bogota, Colombia.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker