Gaya HidupMakan & Minum

6 Tabiat Makan Yang Menggalakkan Penyebaran Bakteria

Sepanjang tiga dekad, saintis makanan dan profesor di Clemson University, Amerika Syarikat, Paul Dawson telah mempelajari bagaimana beberapa tabiat makan ini boleh meningkatkan penyebaran bakteria dalam sistem manusia.

Menurut laporan oleh CNN, setiap tahun, Prof Dawson dan kumpulan pelajarnya menjalankan projek penyelidikan yang berkaitan dengan tabiat pemakanan dan kemudian mengukur betapa kotornya tabiat itu.

Berikut adalah enam tabiat yang lazim dilakukan ketika makan yang menyebabkan penyebaran bakteria berlaku:

1. Peraturan 5 Saat

Hampir semua orang melakukan ini: apabila makanan jatuh ke lantai, kutipnya dalam masa lima saat dan ia masih boleh dimakan, bukan? Ia sebenarnya bergantung kepada jenis makanan, jenis permukaan, dan jenis serta jumlah bakteria. Makanan pepejal yang jatuh pada permukaan pepejal atau pepejal yang kelihatan bersih tidak memindahkan bakteria terlalu banyak. Tetapi makanan basah yang jatuh dia atas permukaan lantai berkarpet? Jangan kutip makanan itu.

2. Double Dipping

Mencelupkan makanan ke dalam mangkuk pencicah berulang kali setelah menggigitnya dipanggil double dipping. Prof Dawson dan kumpulannya menguji jumlah pemindahan bakteria semasa makanan dua kali dicelup ke dalam tiga jenis sos iaitu salsa, coklat cair dan keju queso. Sekali lagi, bergantung kepada jenis sos, populasi bakteria yang lebih tinggi didapati selepas mencelup dua kali.

Walaupun ada pemindahan bakteria yang minimum dalam coklat cair dan queso – terdapat pemindahan lima kali lebih banyak dalam salsa. Teorinya adalah bahawa serpihan cip jatuh ke dalam mangkuk salsa dan membawa bakteria mulut ke dalamnya.

3. Berkongsi Popcorn Di Pawagam

Tabiat ini sebenarnya tidaklah begitu buruk. Selepas Prof Dawson dan kumpulannya menyebarkan bakteria E. coli yang tidak menular di tangan subjek mereka dan membiarkan mereka berkongsi semangkuk popcorn, mereka mendapati bahawa kadar pemindahan bakteria adalah minimum – kurang daripada peningkatan 1%.

4. Meniup Lilin pada Kek Hari Jadi

“Jumlah bakteria berbeza-beza berdasarkan bagaimana cara seseorang itu meniup lilin, tetapi ia tetap berlaku,” kata Prof Dawson. Menurut penyelidikannya, meniup lilin ke atas lapisan icing menyebabkan peningkatan sebanyak 1,400%, atau 15 kali lebih banyak berbanding dengan lapisan icing yang tidak mempunyai lilin yang ditiup. Jadi mungkin anda boleh menikmati kek dan buang icing.

5. Air Dengan Lemon (Atau Mana-mana Buah Lain)

Prof Dawson menguji kadar pemindahan bakteria di antara tangan, ais dengan kepingan lemon basah dan kering. Seratus peratus bakteria dipindahkan dari kepingan lemon basah, sementara hanya 30% dipindahkan dari kepingan kering. Rata-rata, 19% bakteria di tangan dipindahkan ke ais, manakala 66% daripada bakteria pada sudu dipindahkan.

6. Menu Makanan

Biasanya, perkara pertama yang diberikan oleh restoran setelah duduk di meja adalah menu restoran. Sebelum anda ketakutan, ingatlah bahawa sedikit bakteria tidak berbahaya dan berlaku secara semula jadi. Tetapi Prof Dawson dan kumpulannya mendapati bahawa bakteria dipindahkan hanya dengan mengendalikan menu. Pertukaran menu di restoran semasa waktu puncak menghasilkan jumlah bakteria yang lebih tinggi.

Sumber: Star2

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker