HiburanTeknologi

Pelancaran Tengah Malam Marvel’s Spider-Man

Marvel’s Spider-Man secara rasmi dilancarkan di Malaysia tengah malam tadi.

Sebagai salah satu permainan video PlayStation4 yang paling dinanti-nantikan tahun ini, Gamers Hideout cawangan One Utama mengambil insiatif dengan mengadakan acara pelancaran tengah malam untuk ahli LEET (keahlian Gamer’s Hideout).

Ia merupakan acara bagi pembeli pra-tempahan untuk mengambil unit mereka dan menjadi antara yang terawal memiliki koleksi Marvel’s Spider-Man ini.

Pengunjung disajikan beberapa aktiviti menarik sementara menunggu detik tengah malam seperti bergambar dengan cosplayer Spider-Man dan membuka peti kunci yang mengandungi hadiah istimewa Bluetooth headphone Sony dan speaker edisi khas Spider-Man.

Pengunjung dan pembeli pra-tempahan juga menerima cenderahati rantai kunci dan pin Spider-Man.

3 edisi Marvel’s Spider-Man dilancarkan pada malam tersebut iaitu, Marvel’s Spider-Man Standard Edition, Marvel’s Spider-Man Collector’s Edition dan Marvel’s Spider-Man PS4 Pro 1TB Limited Edition Bundle.

Marvel’s Spider-Man Standard Edition merupakan edisi CD permainan tersebut sahaja yang dijual pada harga RM209, manakala Marvel’s Spider-Man Collector’s Edition merupakan pakej yang mengandungi CD permainan dalam bekas besi (steel book), mini art-book dan figura khas Marvel’s Spider-Man yang dijual pada RM699.

Marvel’s Spider-Man PS4 Pro 1TB Limited Edition Bundle pula merupakan konsol PlayStation 4 Pro 1TB dengan rekaan khas Marvel’s Spider-Man berwarna merah beserta salinan CD permainan tersebut yang dijual pada harga RM1,999.

Kini, permainan ini boleh didapati di kedia-kedai yang menjual permainan video di seluruh negara.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker