FesyenGaya Hidup

Anda Lelaki Berbuah Dada Besar? Ikuti 6 Tip Fesyen Ini

Sesetengah lelaki mempunyai buah dada yang besar, tetapi pada hakikatnya ia agak biasa dan boleh berlaku kepada hampir semua orang.  Mungkin ada yang berusaha untuk menghilangkan buah dada itu kerana ia mencacatkan fesyen mereka.

Sementara menunggu usaha itu berhasil, ini adalah beberapa tips yang boleh digunakan untuk menyembunyikan sebarang benjolan yang tidak diingini pada bahagian dada.

1- Kompresikan Masalah Anda

Image result for sport compression shirt menKemeja mampatan yang dibuat untuk lelaki adalah lapisan asas dan langkah pertama yang pintar ke arah menyembunyikan bahagian dada anda. Jenama pakaian sukan menawarkan banyak pilihan yang selesa dan sejuk untuk baju mampatan yang sesuai dipakai sebagai lapisan dalam.

2- Pilih Baju Tebal

Memakai baju tebal atau beberapa lapisan pakaian adalah cara terbaik untuk menyembunyikan buah dada anda. Tetapi bagi lelaki di Malaysia, tekstil tenunan boleh menawarkan beberapa manfaat menyembunyikan yang sama. Elakkan memakai baju berbulu atau nipis.

3- Sembunyikan Isu Besar dengan Corak Kecil

Image result for men wearing checkered shirtMenutup masalah anda dengan baju bercorak pasti berfungsi. Tetapi anda perlu memilih corak tersebut dengan teliti. Corak kecil yang tidak mempunyai banyak kontras warna adalah pilihan terbaik seperti corak kotak berwarna kelabu dan hitam atau corak petak biru kecil pada latar biru gelap.

4- Saiz yang Tepat

Jika anda fikir baju longgar akan menyembunyikan kekurangan, anda silap. Baju yang besar akan membuatkan kawasan dada anda kelihatan lebih besar. Pada masa yang sama, pakaian yang terlalu ketat juga tidak membantu. Baju dengan saiz yang betul adalah yang terbaik.

5- Padanan Satu Warna

Elakkan memakai baju dua warna antara bahagian atas dan bawah badan anda. Kemeja gelap yang dipakai dengan seluar khaki menjadikan anda kelihatan lebih pendek dan gemuk. Tetapi kemeja gelap yang dipadankan dengan seluar gelap meningkatkan ketinggian anda sekaligus membuatkan anda kelihatan langsing.

6- Hati-hati dengan Warna Putih

Image result for men wearing black shirt and pantsApabila anda memakai warna putih atau warna terang, dada anda kelihatan lebih besar. Jadi cara yang terbaik adalah untuk memiilih warna gelap atau neutral. Selain itu, berhati-hati juga dengan baju yang bercorak besar kerana ia boleh membuatkan anda kelihatan besar.

Sumber: Men’s Health

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker