Gaya Hidup

5 Cara Mengelakkan Plastik Ketika Berbelanja di Pasaraya

Kebanyakan kita ingin mengurangkan jumlah penggunaan plastik tetapi ia sukar dielakkan apabila hampir kesemua barangan yang dibeli dari pasaraya menggunakan plastik.

Ini bermakna sejumlah besar plastik akan digunakan untuk sekali dan dibuang. Amalan ini akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Ikuti petua mudah ini untuk mengurangkan penggunaan plastik runcit anda:

1. Pilih beg kertas

Daripada beg plastik yang merosakkan alam sekitar, banyak peruncit menawarkan beg yang diperbuat daripada kertas, atau bahan mesra alam lain. Walaupun ini bukan alternatif yang ideal, ia lebih terurai berbanding plastik. Walau bagaimanapun, dalam pengeluaran yang banyak, alternatif ini masih melepaskan banyak gas yang merosakkan iklim.

2. Bawa beg yang boleh diguna semula

Membawa beg kain anda sendiri untuk membeli-belah adalah pilihan yang baik juga. Atau jika anda terlupa untuk membawa beg yang boleh diguna semula dan terpaksa mengambil beg plastik, gunakan semula plastic itu. Jangan lupa anda perlu mencuci beg kain dengan kerap untuk memastikan ia bersih dan boleh digunakan lebih lama.

3. Gunakan beg anyaman untuk buah

Image result for crochet bag filled with fruitsBanyak pasar raya membekalkan beg selofan kecil untuk buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini juga boleh digantikan dengan mudah. Bawa bersama beg kain atau beg anyaman untuk pembungkusan produk segar. Dengan cara itu, anda tidak perlu mengeluarkan semua buah atau sayur secara berasingan di kaunter bayaran.

4. Di kaunter deli

Selalunya, peraturan kebersihan bermaksud pasar raya akan menolak untuk meletakkan sosej deli atau keju dalam beg yang dibawa oleh pelanggan. Walau bagaimanapun, terdapat penyelesaian: pelanggan boleh meletakkan bekas plastik di atas kaunter dan meminta penjual meletakkan barang ke dalamnya. Sebagai alternatif, anda boleh meletakkan bekas di atas dulang supaya hanya pembeli sahaja boleh menyentuhnya.

5. Tanggalkan bungkusan plastik

Banyak barangan di pasar raya dibungkus dalam plastik. Sekiranya tidak mungkin untuk mengelakkan plastik, Persatuan Alam Sekitar dan Pemuliharaan Alam Jerman (BUND) mengesyorkan supaya pelanggan menanggalkan bungkusan plastik dan tinggalkan di kedai. Pasar raya mesti menyediakan kotak kutipan yang sesuai untuk tujuan ini.

Sumber: Star2

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker