Sukan

Merah Jambu Warna Nafas Baharu Manchester United?

Adidas Football telah melancarkan jersi ‘away’ kelab Manchester United yang berwarna merah jambu bagi musim 2018/19.

Manchester United yang sinonim dengan warna merah buat pertama kali mengadakan jersi berwarna merah jambu bagi memberi kelab tersebut penampilan modern dan segar. 

Jersi terbaru itu dilhamkan sebagai tanda penghormatan kepada sebuah akhbar tempatan Manchester yang popular suatu ketika dahulu iaitu The Football Pink.

The Football Pink dicipta oleh Manchester Evening News dan keluar pada setiap Sabtu petang sehingga ditutup pada tahun 2007 itu sememangnya menjadi akhbar kegemaran penyokong Manchester United.

Reka bentuk ‘kit’ terbaru itu dengan warna merah jambu sebagai tanda warisan bola sepak Manchester United dengan trend pastel kontemporari bagi membolehkan jersi tersebut digayakan di luar padang.

“Warisannya kekal dan musim ini The Pink muncul kembali,” kata halaman depan United Review.

“Bukan hanya di hati dan minda penyokong tetapi juga di belakang jersi ‘pewaris’ mereka.”

Skuad Mourinho memilih untuk menggunakan jersi merah jambu tersebut buat pertama kali dalam kemenangn 2-0 menentang Burnley pada 2 September yang lalu.

Jersi berwarna merah jambu itu mulai dijual secara di acara pra-jualan oleh Manchester Evening News (M.E.N) dan boleh didapati di rangkaian kedai Adidas bermula 20 September ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker