Isu SemasaMalaysiaTempatan

Industri Getah Beri Sumbangan Besar Kepada Ekonomi Dan Manusia Sejagat

Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat perniagaan swasta menerusi Dasar Pensyarikatan Malaysia atau “Malaysia Incorporated” dalam usaha membantu mereka meraih keuntungan yang lebih banyak.

Usaha ini juga dilihat sebagai situasi ‘win-win’ dan menurut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dengan menghidupkan semula dasar ini, kerajaan akan dapat mengumpul cukai yang lebih banyak daripada perniagaan-perniagaan berkenaan setelah mereka mendapat lebih banyak keuntungan.

Difahamkan, ia mula diperkenalkan oleh Dr. Mahathir ketika memegang jawatan Perdana Menteri Keempat Malaysia pada tahun 1983, dan pada 20 Julai tahun ini, beliau mengumumkan untuk menghidupkan semula dasar ini.

“Kerajaan ini (pimpinan Pakatan Harapan) berikrar untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan ketika kita mempunyai Malaysia Incorporated,” katanya ketika merasmikan¬†Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa ke-9 pada Selasa.

Memetik laporan The Star, Dr. Mahathir menyatakan bahawa di bawah Dasar Pensyarikatan Malaysia, seluruh negara dilihat sebagai satu perbadanan yang besar.

“Kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk meraih keuntungan besar bagi perbadanan nasional ini.

“Daripada situ, kita akan mempunyai wang yang lebih banyak untuk membantu industri-industri, membantu rakyat dan melaksanakan urus tadbir yang baik,” jelas beliau.

Ketika berucap pada persidangan tersebut, Perdana Menteri turut memuji industri produk getah tempatan yang berkembang dengan amat pesat.

Difahamkan, Malaysia merupakan pengeluar sarung tangan getah yang terbesar di dunia dan ia telah dieksport ke 190 daripada 196 negara di peringkat global.

Jumlah eksport pada industri sarung tangan getah tempatan daripada bulan Januari sehingga Jun tahun ini mencatatkan RM8.47 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 6.57% daripada RM7.95 bilion pada tempoh yang sama pada 2017.

Ujar Dr. Mahathir, industri getah bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi negara, tetapi juga kepada manusia.

Beliau turut menzahirkan penghargaannya kepada pembangunan dan penyelidikan (R&D), kerana industri getah dapat terus membangunkan produk-produk baharu dari tayar getah, sarung tangan pembedahan, sehinggalah kepada peredam gempa bumi untuk bangunan.

“Bukan getah itu yang penting, tetapi penggunaannya,” katanya.

Bukan itu sahaja, malah Dr. Mahathir, dalam nada bergurau, turut menekankan bahawa produk getah Malaysia telah berjaya membendung kelahiran populasi dunia daripada menjadi tidak terkawal.

“Getah juga adalah penting dalam menghalang kelahiran terlalu ramai orang…Bayangkan jika dunia tidak mempunyai kondom, sekiranya dunia mempunyai penduduk lebih daripada 7 bilion sekarang, ia (tanpa kewujudan kondom)¬†¬†boleh menjadi 10 bilion kerana tidak ada cara untuk mencegah konsepsi itu

“Jadi sekali lagi, getah kita telah melaksanakan tugas yang baik kepada manusia sejagat,” katanya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker