HiburanWayang

5 Lokasi Di Malaysia Di Mana Filem ‘Crazy Rich Asians’ Jalani Penggambaran

Filem romantik komedi yang mendapat sambutan menggalakkan oleh para pengkritik dan juga orang ramai, ‘Crazy Rich Asians’ banyak menjalani penggambaran di Singapura, namun tahukah anda mereka membuat penggambaran di Malaysia juga?

Menurut Tourism Malaysia, krew filem telah menjelajah ke sekurang-kurangnya lima destinasi di negara ini untuk membuat penggambaran di mana mereka mempamerkan keindahan alam semula jadi Malaysia serta kecantikan senibina negara.

1. Carcosa Seri Negara

Carcosa Seri Negara dipaparkan di dalam filem sebagai tanah nenek moyang Eleanor Young di Singapura tetapi pada hakikatnya, bangunan tersebut adalah rumah kepada penduduk British pertama di Malaya, Frank Swettenham sebelum menjadi sebuah hotel mewah di mana Ratu Elizabeth II pernah tinggal.

2. Cheong Fatt Tze Mansion

Di sini adalah lokasi di mana babak ikonik permainan mahjong antara Eleanor Young dan Rachel Chu menjalani penggambaran. Dikenali sebagai Blue Mansion, rumah Cheong Fatt Tze di Pulau Pinang dahulu dimiliki oleh seorang peniaga Cina, yang ingin rumahnya menampilkan unsur-unsur feng shui, tiang Scottish, tingkap kaca seni lukis, dan lantai Stoke-on-Trent.

3. Pulau Langkawi

Dikenali sebagai Pulau Rawa di dalam filem itu, Pulau Langkawi dijadikan lokasi di mana bachelor party mewah Colin Khoo diadakan. Langkawi terdiri daripada 99 pulau yang terkenal dengan laut yang indah dan pantai berpasir putih.

4. Four Seasons Resort Langkawi

Bachelorette party Araminta Lee diadakan di Four Seasons Resort Langkawi, di mana mereka memaparkan beberapa villa Melayu yang terletak di antara hutan hujan dan pantai berpasir putih.

5. Astor Bar, St. Regis Kuala Lumpur

Penonton diperkenalkan kepada Astrid Teo buat pertama kali di mana dia memasuki butik perhiasan. Sebenarnya butik tersebut adalah Astor Bar di St Regis Kuala Lumpur.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker