Gaya HidupKesihatanSains

Air Kencing Sebagai Penawar Sengatan Obor-obor Hanya Mitos

Air Kecing Merupakan Penawar Terbaik Sengatan Obor-obor?

Ramai orang berpendapat air kencing merupakan ubat mujarab untuk melegakan sengatan obor-obor. Walau bagaimanapun, pakar berkata ia sebenarnya akan menyebabkan luka tersebut bertambah parah kerana air kencing akan menyebabkan pembebesan racun yang lebih banyak. 

Apakah Cecair Terbaik Untuk Melegakan Kesakitan?

Pakar biologi marin Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr Aileen Tan berkata kajian telah mendapati apabila cuka diletakkan pada luka akibat sengatan obor-obor, ia dapat melegakan kesakitan dan menyahaktif racun yang dikeluarkan oleh obor-obor.

Bagaimanakah Rasa Terkena Sengatan Obor-obor?

Jika seseorang itu terkena sengatan obor-obor, biasanya ia akan terasa seperti dicucuk benda yang sangat tajam.

Penyengat obor-obor ini juga dikenali sebagai nematosis. Ia akan sentiasa mengeluarkan racun apabila terkena sentuhan dan ia juga boleh menembusi kulit manusia.

Bagaimana Cuka Boleh Melegakan Kesakitan?

“Kajian telah mendapati bahawa cuka yang mengandungi asid asetik boleh meredakan kesakitan dan menghalang nematosis itu dari mengeluarkan racun,’ jelas Dr Aileen.

“Apabila nematosis itu tidak lagi mengeluarkan racun, obor-obor tersebut boleh ditanggalkan dengan lebih selamat,’ tambah Dr Aileen.

Obor-obor Di Malaysia

Di Pulau Pinang terdapat obor-obor yang menyengat tetapi ia tidak membawa maut. Obor-obor yang sering dijumpa di perairan Pulau Pinang ialah jenis Ribbon Jellyfish

Ribbon Jellyfish akan menyebabkan gatal-gatal dan kesan pedih apabila terkena kulit tetapi tidak akan membawa maut,” jelas beliau.

Cara Terbaik Mengurangkan Populasi Obor-obor

Ribbon Jellyfish ini sering muncul di antara bulan Mac dan Mei dan populasinya boleh dikurangkan dengan penjagaan alam sekitar yang lebih bersih di sekitar perairan Pulau Pinang.

Ini kerana apabila sampah dibuang ke laut, makanan yang mengandungi nutrien akan menyebabkan peningkatan populasi obor-obor dan plankton yang menjadi sumber makanan mereka.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker