Gaya HidupKerjaya

Adakah Anda Berada di Landasan Kerjaya Yang Betul?

Bagaimana anda tahu jika anda berada di landasan kerjaya yang betul atau jika anda benar-benar melakukan kerja yang selaras dengan minat anda yang sebenar?

Membuat perubahan kerjaya adalah perkara yang menakutkan. Tetapi mengetahui sama ada anda berada di landasan kerjaya yang betul atau tidak adalah sangat penting untuk kejayaan dan kebahagiaan diri.

Tanya diri anda soalan-soalan ini supaya anda boleh membongkar karier dan kerjaya berdasarkan minat anda yang sebenarnya.

#1 Apa minat saya yang sebenar?

Anda sentiasa diberitahu untuk mencari minat sendiri, namun di universiti anda perlu menerima tawaran kursus yang diberikan sebelum mengutamakan minat sendiri. Dalam hal ini, minat tidak semestinya sama dengan kejayaan. Anda mungkin boleh meminati sesuatu dengan mendalam tetapi menyedari bahawa anda berbakat dalam sesuatu bidang lain yang berbeza.

Ia tidak pernah terlambat untuk meminta pertolongan. Jika anda tidak pasti apa yang anda minat, atau terlalu takut untuk mengikut minat anda, cuba dapatkan nasihat daripada rakan, keluarga, atau jurulatih kerjaya!

#2 Apa pandangan orang lain terhadap kelebihan saya?

Anda mungkin tidak tahu apakah kelebihan sendiri tetapi orang lain melihatnya dalam diri anda. Adakah kawan anda pernah mencari anda untuk mendapatkan nasihat khusus dalam sesuatu bidang? Adakah orang meminta anda mengajar sesuatu? Apa yang dipuji oleh rakan sekerja atau profesor anda?

Jangan terlalu buta dengan minat sahaja sehingga anda tidak dapat melihat siapa anda. Dunia anda sentiasa memberi anda petunjuk mengenai bakat anda. Terserah kepada anda untuk menjadi terbuka dan menerima petunjuk itu dengan hati yang terbuka.

#3 Apa yang menahan saya?

Orang biasa mempunyai antara 12,000 dan 60,000 fikiran setiap hari. Malangnya, 80% pemikiran ini negatif, dan 95% adalah berulang. Ini bermakna anda mempunyai puluhan ribu pemikiran negatif berulang yang bermain-main di kepala anda setiap hari. Mungkin pemikiran negatif yang paling kerap ialah “Saya tidak cukup bagus.”

Pemikiran ini menghalang anda daripada berusaha dan berkembang maju. Pemikiran negatif yang berulang-ulang boleh membawa kepada kekurangan keyakinan, ketidakstabilan emosi, dan prestasi kerja yang lemah.

Tetapi anda tidak boleh kalah dengan hasutan minda! Ingat bahawa diri anda bukanlah pemikiran anda. Anda mempunyai kawalan, dan boleh mengubah corak pemikiran untuk membantu anda berjaya. Tanya pada diri mengapa anda merasakan sebegitu, dan anda mungkin akan membuka laluan kerjaya sebenar anda. – Forbes

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker