Isu SemasaTempatan

MyCyberSale Kembali Lagi Bermula Hari Ini

Mycybersale kembali lagi dengan lebih daripada 1,200 peniaga menawarkan produk dan perkhidmatan dalam lebih daripada 20 kategori.

Jualan murah yang akan diadakan selama lima hari bermula 3 September sehingga 7 September 2018 melibatkan jenama serantau dan antarabangsa.

Antara tempat membeli-belah atas talian yang turut serta dalam mycybersale ini termasuk Lazada, Shopee, Shopback, 28Mall, Malaysia Airlines Bhd, Qoo10, Hermo, Shopback, Coca Cola, Mead Johnson dan Unilever.


Pengerusi Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom), Ganesh Kumar Bangah berkata para peniaga akan menyediakan tawaran menarik dan diskaun besar-besaran semasa #MYCYBERSALE 2018 yang kini memasuki siri kelima.

Beliau berkata bermula tahun ini jualan #Mycybersale akan diadakan setiap tahun antara Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Inilah masanya untuk merebut tawaran perjalanan hebat, alat teknologi kegemaran anda, membeli-belah untuk hadiah percutian perayaan dan pesta akhir tahun.

“Ini adalah tahun kedua Pikom mula meneraju inisiatif #Mycybersale dan saya yakin ia akan menjadi acara mampan sepenuhnya kerana lebih daripada 62 peratus acara tahun ini mula dibiayai oleh sektor swasta,” kata Ganesh pada pelancaran #Mycybersale 2018 di sini, hari ini (28 Ogos 2018). 

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood berkata karnival #Mycybersale diperkenalkan oleh MDEC pada tahun 2014 dan berkembang dari tahun ke tahun.

“Kami dengan sukacitanya akan terus menyokong #Mycybersale yang telah banyak membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan mengambil tempat yang betul di arena e-dagang yang berkembang dan meletakkan Malaysia sebagai pusat kuasa e-dagang serantau,” kata Yasmin.

Menurut Ganesh, pembeli dalam talian di Malaysia berpotensi mencecah lebih 13.9 juta dan transaksinya menjana nilai dagangan kasar (GMV) sehingga RM370 juta pada #Mycybersale 2018.

Pengguna boleh mula merebut tawaran di www.mycybersale.my mulai tengah malam menjelang 3 Sept.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker