AntarabangsaIsu Semasa

Keselamatan Jepun Diancam Oleh China, Rusia Dan Korea Utara?

Pada Isnin, Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera mengeluarkan amaran bahawa negaranya sedang berhadapan keadaan keselamatan yang serius, berikutan peningkatan aktiviti ketenteraan China dan Rusia, serta ancaman daripada Korea Utara.

Onodera berkata, China telah meningkatkan aktiviti ketenteraannya “secara meluas” sejak tahun lepas lagi, termasuk melancarkan operasi udara di sekitar Jepun dan mengerahkan kapal selam nuklearnya berhampiran kawasan-kawasan pulau yang dipertikaikan.

“China meningkatkan kekuatan tenteranya dengan pantas….Ia juga meluaskan lagi aktiviti ketenteraannya di laut dan ruang udara di sekitar negara kami.

“Perkara ini telah menjadi kebimbangan utama berhubung keselamatan negara kami,” tegas beliau.

Memetik laporan AFP, Jepun kini sedang berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan China yang dilihat semakin tegang.

Difahamkan, China juga adalah rakan dagang yang terbesar Jepun, dan Perdana Menteri, Shinzo Abe dijangka akan mengadakan lawatan rasmi ke negara itu pada bulan Oktober nanti.

Sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada tahun 2012, Abe mengambil pendirian yang tegas berhubung tuntutan negaranya ke atas kepulauan yang dipertikaikan di Laut China Selatan, sekali gus mengeruhkan lagi hubungan Tokyo bersama China.

Namun sejak kebelakangan ini, Abe dilihat mengambil pendekatan yang semakin ‘lembut’, di mana beliau menyeru kepada China untuk mendesak Korea Utara agar menghentikan program senjata nuklearnya.
Bukan itu sahaja, malah Abe juga menggalakkan perniagaan-perniagaan di Jepun untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat bersama China dalam usaha meningkatkan perdagangan.

Sementara itu, Jepun turut bimbang dengan kuasa ketenteraan Rusia yang kini semakin kuat.

Pada pertengahan bulan ini, Moscow dijangka akan mengadakan latihan ketenteraannya yang terbesar sejak era Perang Dingin.

Latihan ketenteraan yang dikenali sebagai Vostok-2018 itu akan membabitkan kira-kira 300,000 anggota tentera, 1,000 pesawat, dan 36,000 senjata dan peralatan ketenteraan, termasuk kereta kebal, peluru berpandu, dan kenderaan berperisai.

melibatkan kira-kira 300,000 tentera, 1,000 pesawat, dan 36,000 peralatan ketenteraan bergerak termasuk, kereta kebal serta kenderaan berpeprisai.

“Kita sedang melihat pergerakan untuk menggerakkan aktiviti ketenteraan di Hujung Timur (Rusia),” katanya.

Onodera berkata, Korea Utara pula terus menzahirkan ancaman serius terhadap Jepun, walaupun diplomasi antarabangsa negara itu bertujuan untuk memujuk Pyongyang agar melaksanakan denuklearisasi dengan segera.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker