Teknologi

6 Permainan Video Telefon Pintar Ciptaan Anak Malaysia

Bersempena Hari Kebangsaan yang berlangsung 31 Ogos yang lepas, kali ini kami ingin mengetengahkan 6 permainan video telefon pintar yang kami rasa menarik hasil anak Malaysia.

Dengan pengalaman dan pengetahuan di zaman teknologi kini, permainan-permainan video ciptaan anak tempatan kita sendiri tidak kurang hebatnya seperti permainan dari negara luar.

#1 Mak Cun’s Adventure

Sebuah permainan ala Cooking Master, Mak Cun’s Adventure dibina oleh syarikat Media Prima Digital merupakan satu nama yang dikenali ramai. Sebuah permainan yang ringkas namun masih menarik perhatian pemain.

#2 Roll Spike Sepak Takraw

Permainan video 3D sukan sepak takraw yang menarik dengan rekaan watak dan gelanggang yang cantik ini dibina oleh sebuah syarikat bertempat di Malaysia, Mediasoft Entertainment. Ia dimainkan dengan alatan kawalan virtual dengan animasi yang sangat kemas.

#3  Super Stick Badminton

Super Stick Badminton merupakan satu permainan video bertemakan sukan badminton dengan menggunakan konsper kartun yang cantik. Ia dibina oleh syarikatan tempatan, Weraku Games, permainan ini amat mudah dimainkan dengan hanya menggunakan dua jari sahaja.

#4 Politiko: The Game of Malaysian Politics

Satu permainan video yang hangat dimainkan ketika musim pilihan raya sebelum ini. Dibangunkan oleh Centaur Games, pemain akan bermain sebagai salah satu parti dan akan cuba memenangi undi menggunakan kad yang mempunyai arahan dan sedikit strategi.

#5 Amok – The Villian Heroes

Permainan yang berkonsepkan aksi 2D klasik ini diadaptasi dengan tema Melaka di zaman dahulu. Tujuan permainannya agak pelik sedikit kerana anda akan bermain sebagai Jebat dan mengamuk menentang Sultan yang dikatakan memerintah secara kuku besi. Permainan ini juga dibina oleh syarikat Weraku Games.

#6 J Revolusi

Ia merupakan permainan berdasarkan sebuah filem aksi Malaysia dengan tajuk yang sama. Permainan ini berkonsepkan pemembak pandang pertama (first person shooter) dengan anda akan memegang watak sebagai Jay membanteras jenayah. Permainan ini dibina oleh Media Prima Digital.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker