HiburanIsu SemasaTempatanWayang

Studio Disebalik Filem ‘Interchange’ Menang Anugerah Kesan Visual Terbaik

Ia merupakan pencapaian yang membanggakan bagi studio Mira Digital apabila Interchange, sebuah filem tempatan memenangi anugerah Kesan Visual Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-58 (APFF 58) baru-baru ini.

Pengasas bersama Azim Hulaimi terkejut apabila dia mengetahui bahawa filem fantasi-noir 2016 tersebut dinominasikan pada APFF tahun ini.

“Saya berasa sangat gembira, ini merupakan satu pencapaian bagi syarikat ini,” katanya.

Azim, yang mempunyai pengalaman dalam kesan visual untuk filem Hollywood seperti Life of Pi, Django Unchained, dan Alvin dan Chipmunks 3, berkata filem tersebut adalah mencabar kerana ia merupakan projek pertama yang dimulakan oleh syarikat itu sejak pembentukannya pada tahun 2013.

“Kita perlu mencipta segala-galanya daripada awal, termasuk memasukkan bulu burung 3-D, seperti yang diperlukan dalam filem.

“Ia mengambil masa selama dua tahun untuk mencapai produk akhir,” katanya kepada The Star.

APFF 58 telah diadakan di Taipei, Taiwan dari 31 Ogos hingga 1 Sept, dengan para pemenang diumumkan pada 1 Sept.

Datuk Nancie Foo telah menerima anugerah tersebut bagi pihak filem itu. Filem yang diarahkan oleh Dain Said ini juga dinominasikan untuk Kesan Bunyi Terbaik.

Thriller fantasi 2016 yang dibintangi oleh Shaheizy Sam sebagai seorang polis yang sedang menyiasat pembunuhan yang mengerikan. Filem yang menjalankan penggambaran di Lembah Klang dan bernilai RM3.5 juta itu turut membintangi pelakon Indonesia, Nicholas Saputra dan pelakon Nadiya Nisaa.

Interchange juga telah memenangi empat anugerah di Pesta Filem Malaysia ke-29 pada tahun 2017, termasuk Pengarah Terbaik dan Sinematografi Terbaik.

Azim berkata sejak Interchange, dia dan tiga lagi pengasas bersama Mira Digital telah mengusahakan beberapa projek, termasuk filem 2017 Hokkien You Mean The World To Me dan filem Los Angeles.

Azim berkata bahawa Mira Digital kini terlibat dengan kesan visual untuk filem yang menampilkan pelakon tempatan dan Hollywood, tetapi tidak memberitahu lebih tentang butiran filem itu.

“Terdapat banyak penggambaran di Malaysia, dan ia melibatkan banyak kesan visual.

“Kami mahu menghasilkan kesan visual di peringkat Hollywood,” katanya sambil memetik contoh seperti adegan pemusnahan (destruction) dalam filem Marvel seperti The Avengers.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker