Gaya HidupMakan & Minum

Restoran Ini Hasilkan Menu Dari Sisa Makanan

Menurut Pertubuhan Makanan & Pertanian PBB, dalam setahun, kira-kira satu pertiga atau 1.3 bilion tan daripada makanan yang dihasilkan untuk penggunaan manusia hilang atau terbuang di seluruh dunia.

Di Malaysia, agensi kerajaan SWCorp Malaysia menganggarkan bahawa penduduk tempatan menjana 15,000 tan sisa makanan setiap hari!

Selain organisasi tempatan yang menjalankan tugas mengumpul lebihan makanan dari hotel dan makanan yang dibuang oleh pasaraya untuk dihantar ke rumah anak yatim, beberapa usaha lain juga nampaknya wujud.

Image result for retaste sweden menu
Crown Princess Victoria of Sweden ketika berkunjung ke restoran ReTaste

Inilah yang membuatkan restoran ReTaste di Sweden begitu menarik. Restoran ini mengumpulkan makanan yang dibuang oleh pasaraya dan mengubah apa yang diterima menjadi hidangan makanan yang lazat.

ReTaste adalah kerjasama antara syarikat Retired Hen milik Ruth Osborne yang mengendalikan pembangunan projek dan pengurusan ReTaste; dan Pauls Kok, sebuah syarikat perundingan yang memberikan arahan, inspirasi, resipi dan mengetuai operasi harian restoran.

Osborne dan rakan-rakannya – cef dan pemilik bersama, Paul Svensson dan Christofer Ekman, sedang menjalankan restoran tersebut dalam peringkat percubaan selama enam bulan yang akan berakhir pada bulan Oktober ini. Setakat ini sambutan sangat menggalakkan sehingga Crown Princess Victoria of Sweden juga turut bersantap di sana.

Ruth Osborne, Christofer Ekman
Ruth Osborne (berdiri), Christofer Ekman (duduk)

Restoran ini bekerjasama dengan dua pasaraya iaitu COOP dan Willys. Makanan dikumpulkan pada hari Isnin dan Selasa manakala restoran dibuka pada hari Rabu dan Khamis, jadi kreativiti dan kepintaran perlu diterapkan secara berterusan kerana bahan-bahan yang diperoleh oleh restoran adalah tidak menentu.

Oleh itu, menu di ReTaste berubah setiap minggu kerana hasilnya tidak dapat dijangka. Jadi hidangan apa yang boleh dinikmati di ReTaste?

Menunya pelbagai dan inventif, menggunakan teknik seperti dehidrasi dan penapaian untuk memperluaskan jangka hayat makanan. Sesetengah makanan juga diguna semula untuk tujuan lain seperti sebagai penambah rasa atau tekstur.

Hidangan menarik dan eksklusif di ReTaste termasuk ikan salmon panggang, lobak merah yang dijeruk dan salad. Selain itu, terdapat roti ravioli yang dipenuhi dengan bunga brokoli dan keju segar yang diperbuat daripada susu lama. Satu lagi pilihan menu unik yang disajikan adalah kubis jeruk beurre blanc dan batang brokoli berkulit hitam.

Pendekatan restoran untuk mengekalkan eleman kemapanan juga diperluaskan ke dekorasi meja makan. Gelas air dibuat dari botol air lama manakala pinggan pula dibuat dari bekas tanah liat dan produk sisa buangan lama.

Walaupun ReTaste masih dalam peringkat percubaan, Osborne berkata mereka akan melakukan penilaian sepenuhnya selepas tempoh itu berakhir untuk melihat kemungkinan mengubahnya menjadi sebuah restoran tetap.

“Saya fikir ia sangat menarik untuk mewujudkan ReTaste di seluruh dunia dan membantu menyerlahkan masalah ini dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menerimanya di dalam komuniti mereka.

“Kami merancang untuk melakukan analisis mendalam tentang apa yang telah kami capai dan sama ada ia boleh berfungsi dalam jangka panjang pada akhir tempoh enam bulan operasi ReTaste,” katanya. – Star2

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker