AntarabangsaIsu Semasa

Kursus Permainan Video Kian Popular Di Serata Dunia

Sebuah universiti di Wuhan kini mengikut beberapa kolej yang menawarkan kursus permainan elektronik sejajar dengan usaha negara China untuk mengasah bakat di dalam industri yang kian rancak ini.

Apa Itu Kursus Permainan Video?

Kursus yang ditawarkan di Huazhong University of Science and Technology akan bermula September tahun hadapan. Bagi sesiapa yang berminat, ia akan menerangkan game dari perspektif akademik.

“Ramai anak muda sangat berminat dalam game ini tetapi mereka tidak faham apa sebenarnya game,” kata Xiong Shuo, pensyarah di sekolah kewartawanan dan komunikasi berinformasi di universiti tersebut.

“Kursus ini tidak akan melatih pelajar untuk bermain game tetapi ia akan memberi penerangan tentang isu yang berkaitan kajian permainan video, teknologi, industri dan psikologi,” terangnya lagi.

Bagaimana Menjadi Pensyarah ‘Game’

Xiong merupakan peminat permainan video sejak beliau berusia 4 tahun dan sangat berminat untuk mencipta permainan.

Semasa beliau di bangku sekolah rendah, beliau tidak mempunyai wang untuk membeli permainan chess. Oleh itu beliau memotong kadbod saiz kecil dan lukis di atasnya. Ia chess versi ciptaannya sendiri.

“Pada masa itu, saya berfikir pada diri saya sendiri, saya bukan sahaja mahu berkongsi idea dengan orang lain tetapi saya juga mahu memberi kebahagiaan kepada orang ramai,” kata Xiong yang berusia 30 tahun.

Walau bagaimanapun, apabila Xiong mendaftar di Huazhong Universiti di bahagian komputer sains pada tahun 2007, beliau dapati tidak ada satu pun kursus yang melibatkan game. Oleh sebab itu, beliau memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Jepun Pelopor Permainan Video

Negara matahari terbit ini merupakan di antara pelopor dalam industri permainan video dan Xiong berniat untuk membawa pengalaman dan cara kerja yang maju itu balik ke China.

Setelah enam tahun dan berjaya mendapatkan PhD di Jepun, Xiong akhirnya pulang ke China dan menjadi pensyarah di Huazhong University.

Permainan Video Memberi Pendapatan Tinggi

Menurut laporan industri pembangunan permainan China 2017, industri permainan video ini telah membawa pendapatan sebanyak RM130billion pada tahun tersebut.

Sememangnya permainan video ini semakin mendapat tempat sebagai golongan profesional.

Dengan penerimaan e-sukan sebagai sukan di Asian Games 2018 di Indonesia baru-baru ini dan bakal diadakan secara rasmi pada sukan Asian 2022, ia juga menyuntik semangat anak muda untuk bergiat cergas di dalam bidang ini.

Di Malaysia, terdapat lebih kurang sembilan institusi yang menawarkan kursus membuat permainan video ini. Antaranya ialah Lim Kok Wing, TARC, UTAR, APU, MMU dan UTeM.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker