HiburanTempatan

Vlogger Terkenal, Nas Daily Bercerita Tentang Malaysia Di Dalam Videonya

Malaysia dianggap sebagai “tanah terlarang” oleh vlogger Facebook terkenal  Nas Daily.

Dalam videonya yang bertajuk “The Forbidden Land!” Di laman Facebooknya, Nas, nama sebenar Nuseir Yassin, berkata dia tidak dibenarkan memasuki Malaysia kerana memiliki pasport Israel.

“Negara yang anda lihat di belakang saya, adalah sama sukar seperti Korea Utara untuk saya masuki. Kerana ini adalah Malaysia,” katanya, sambil menunjuk bangunan yang dipercayai berada di Tanjung Puteri, di seberang Selat Johor.

“Dengan pasport Israel saya, hampir mustahil untuk saya memasuki negara mereka dan lebih mustahil untuk (rakyat Malaysia) memasuki negara saya kerana politik,” katanya sambil menambah bahawa “Malaysia dan Israel bukan kawan”.

Dalam klip video berdurasi satu minit, lelaki Israel-Palestin itu yang telah mengembara sepenuh masa dan membuat video sejak 2016, berkata dia telah berkawan dengan beberapa rakyat Malaysia di Singapura dan telah belajar tentang makanan, budaya dan bahasa negara itu.

Nas berkata persahabatannya dengan rakyat Malaysia “hanya boleh wujud di luar Israel dan Malaysia”.

Sebelum mengakhiri video tersebut dengan slogannya “Hanya satu minit, jumpa esok”, Nas menyatakan harapannya supaya terdapat keamanan di kalangan kerajaan pada masa hadapan.

“Saya yakin apabila kerajaan melakukan perdamaian, kita akan bertemu di dalam Malaysia, di dalam Israel, dan di dalam Palestin. Inshallah. “

Video berkenaan telah ditonton lebih daripada 651,000 kali dan mempunyai 27,000 like dalam tempoh lima jam selepas ia disiarkan pada hari Khamis (30 Ogos).

Pemegang pasport Israel tidak dibenarkan memasuki Malaysia tanpa kebenaran bertulis daripada Kementerian Dalam Negeri.

Walau bagaimanapun, kerajaan membenarkan umat Kristian Malaysia melawat Israel untuk tempoh sehingga 21 hari di atas tujuan agama.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker