Teknologi

Pocophone F1 Telefon Spesifikasi Dengan Harga Murah?

Pocophone? Apa itu? Tapi ramai orang yang sedang bercakap mengenainya.

Ya, Pocophone, sebuah jenama telefon pintar dibawah Xiaomi yang memperkenalkan telefon dengan spesifikasi tinggi pada harga yang jauh lebih murah.

Terbaru, telefon sulung pertama Pocophone, F1 telah dilancarkan di Malaysia dan menerima pelbagai respon yang positif diatas binaannya.

Ia dikatakan mampu menyaingi beberapa telefon pintar ‘flagship’ Xiaomi sendiri dengan spesifikasi dan lebih nilai pada pembeliannya.

SPESIFIKASI

Biarpun dijual pada harga di bawah RM1,500, F1 dilengkapi chip pemprosesan terkini iaitu Qualcomm Snapdragon 845 yang setanding telefon pintar berspesifikasi tinggi untuk memberikan pengalaman menggunakan peranti dengan lebih lancar.

F1 dibina dengan kamera berkembar (12MP + 5MP) dan kamera selfie dengan bantuan AI pada 20MP.

Skrin pada F1 dibina sebesar 6.18 inci dengan 82.2% screen-to-body ratio dengan mengekalkan rekaan notch untuk kamera. Bateri sebesar 4000 mAh juga dilengkapkan pada telefon ini bagi memberikan penggunaan yang lebih lama.

Menariknya, Pocophone F1 mempunyai sistem cooling liquid yang mampu menyejukkan telefon untuk berada pada suhu yang selamat dan lebih sejuk. Sistem ini biasanya hanya boleh diperolehi pada telefon pintar berharga RM2,500 dan keatas.

Beberapa ujian kepantasan dan kelancaran telefon ini telah dibuat dan ia tidak memberikan masalah untuk pengguna bermain permain video menggunakan peranti ini seperti PUBG Mobile dengan setting tertinggi.

BERBALOI PADA WANG

Jika ingin dikatakan Pocophone adalah satu jenama baru yang tidak dikenali, ia merupakan syarikat di bawah Xiaomi yang seperti kita tahu mempunyai telefon yang sangat baik.

Untuk harga telefon, ia sangat berbaloi bagi mereka yang mengutamakan nilai wang pada spesifikasi dan tidak terikat pada jenama.

Pocophone F1 telah dilancarkan pada 30 Ogos 2018 dengan 2 variasi pilihan iaitu 6GB RAM / 64GB storan pada harga RM1,299 dan 6GB RAM / 128GB storan pada harga RM1,499.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker