SukanUncategorized @ms

Korea Bersatu Raih Emas Pertama Di Sukan Asia

Tiada apa yang dapat memisahkan mereka. Lagu rakyat ‘Arirang’ berkumandang dan bendera “penyatuan” dikibarkan bagi meraikan pingat emas pertama buat negara gabungan Korea di dalam mana-mana acara sukan besar.

Pasukan yang terdiri daripada atlet Korea Utara dan Selatan itu memenangi pusingan akhir acara 500 meter bot naga pada hari Ahad di Sukan Asia yang berlangsung di Palembang, sehari selepas mereka melakar sejarah kerana meraih pingat pertama buat negara gabungan Korea itu apabila mereka memenangi pingat gangsa di dalam acara 200 meter bot naga.

Pingat emas itu diberikan kepada Korea – nama gabungan pasukan itu, yang turut menyertai acara dayung, berkanu dan bola keranjang wanita – daripada ia diberikan kepada sama ada Korea Utara atau Selatan.

Kejayaan itu diraikan sebaik sahaja bot berkepala naga itu, dengan kesemua krewnya melepasi garisan penamat.

Rakyat Korea berpelukan di atas bot itu, serta mereka yang berada di sepanjang litar.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap memetik ucapan jurulatih dari Korea Utara, Kim Kwang Chol, mengatakan dia “merasakan kekuatan daripada penyatuan kedua-dua negara, kami bersatu, mendedikasikan minda kami ke aras satu tujuan, dan mendayung bot ini kehadapan.”

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in mengucapkan tahniah di media sosial dan mengatakan bahawa dirinya “sangat bangga” terhadap pasukan itu dan “atlet-atlet muda yang mengerah keringat berlatih di Sungai Han (Korea Selatan), dan atlet-atlet muda yang mengimpikan pingat emas sambil berlatih di Sungai Taedong (Korea Utara) bersatu untuk memberikan kegembiraan ke seluruh Semenanjung Korea.

Negara Korea, yang secara teknikalnya masih berperang selepas konflik mereka pada tahun 1950-53 berakhir dengan genjata senjata, menurunkan 60 orang atlet yang menyertai tiga acara sukan bersama-sama kontinjen yang lebih besar yang mewakili negara masing-masing.

Atlet dari kedua-dua negara berarak di acara pembukaan bersama-sama pada minggu lepas dibawah bendera “penyatuan” yang melambangkan kedua-dua negara menggunakan warna biru serta berlatar belakangkan warna putih.

Mereka mengambil masa seminggu untuk meraih sebarang pingat.

Kim, jurulatih Korea Utara berkata dia tidak pasti mereka mempunyai masa yang cukup untuk bersedia apabila dia membawa skuadnya ke Korea Selatan untuk berlatih pada bulan lepas.

“Tetapi saya dapat melihat semangat lawan atlet Korea Utara dan Selatan begitu tinggi selepas melihat mereka berlatih,” ujar Kim seperti yang dipetik oleh Yonhap.

“Ketika saya melihat bot kami menuju ke hadapan hasil usaha sama dan kekuatan atlet dari kedua-dua negara, saya merasakan kuasa gabungan Korea.”

Korea pasti boleh mendapatkan lebih banyak pingat emas, apabila gabungan atlet bola keranjang wanita mereka berjaya menempah tempat di peringkat separuh akhir.

Korea Utara dan Selatan sebelum ini juga pernah bergabung di acara sukan antarabangsa, bermula dengan kejuaraan dunia ping pong pada tahun 1991, dan yang terbaharu di Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker