Gaya HidupMakan & Minum

Tiffin Food Court Kembali Lagi Mulai 30 Ogos!

Tempat makan terkenal, Tiffin Food Court tiba sekali lagi untuk tahun ini dengan menawarkan makanan kegemaran ramai yang merangkumi pelbagai jenis makanan yang menyelerakan.

Mulai 30 Ogos ini, orang ramai dapat merasakan pelbagai juadah yang ditawarkan oleh lebih daripada 50 vendor yang menghidangkan makanan penuh lazat dari seluruh dunia dengan harga yang berpatutan.

Tiffin Food Court di buka pada 5 petang sehingga lewat malam, dan apa yang lebih penting, kemasukan adalah PERCUMA!

Sambil menghayati suasana di Tiffin Food Court, pengunjung juga dapat menikmati persembahan muzik daripada DJ. Selain itu, tempat makan ini juga dilengkapi dengan permainan golf mini.

Jika anda ingin merasa suasana makanan yang unik, baharu dan happening, pastikan anda singgah di Tiffin Food Court yang terletak di Petaling Jaya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari tiffin.my

Lokasi: Lot 15, Jalan 13/6, Seksyen 13, Petaling Jaya (belakang The Gasket Alley)

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker