Gaya Hidup

5 Cara Untuk Rakyat Malaysia Zahirkan Patriotisme Mereka

Negara kesayangan kita Malaysia akan meraikan hari kemerdekaan ke-61 dan kini sudah tiba masanya untuk kita menunjukkan penghargaan yang paling mendalam buat tanah air tercinta.

Setelah mengalami perubahan besar pada tahun ini, Malaysia kini diperbaharui dengan semangat Malaysia Baharu. Berikut adalah lima cara anda dapat menzahirkan rasa cinta dan patriotisme anda kepada negara.

1. Laksanakan tanggungjawab sivik

Pada bulan Mei lalu, kita telah menyaksikan dan memahami betapa kuatnya kuasa rakyat. Sekarang, sudah tiba masanya kita melaksanakan tanggungjawab sivik sebagai seorang warganegara Malaysia.

Mulakan dengan langkah kecil seperti membayar balik pinjaman pengajian. Sumbangan kecil dapat membuat perbezaan besar dalam memastikan generasi masa depan tidak dinafikan akses mereka kepada pendidikan.

Begitu juga, kita juga harus memperbaiki sikap kita dengan mematuhi peraturan lalu lintas, sentiasa muhasabah diri dan sentiasa bersabar.

2. Menghormati Jalur Gemilang dan Negaraku

Apabila kita berada di sekolah, kita sering enggan melakukan sesuatu yang patriotik. Tetapi itu tidak sepatutnya berlaku.

Semangat patriotik sepatutnya ditanam di hati kita kerana Malaysia adalah rumah kita dan kita harus selalu mencintai negara kita tidak kira apa yang berlaku.

Itulah sebabnya Hari Kemerdekaan yang akan datang ini, kita harus mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyi lagu “Negaraku” dengan kuat dan bangga.

3. Terokai setiap bahagian Malaysia

Dibahagikan kepada 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan, Malaysia adalah harta karun budaya dan keajaiban. Dan cara yang lebih baik untuk belajar tentang keunikan setiap negeri adalah dengan melihat sendiri tempat itu.

Mahu belajar sejarah awal negara? Lawati bandar-bandar bersejarah seperti Melaka dan Pulau Pinang dan lihat gabungan lama dan baru yang dipamerkan di negeri terbabit.

Atau mungkin anda lebih gemar menikmati keajaiban semula jadi? Kunjungi gunung tertinggi di rantau ini – Gunung Kinabalu – di Sabah atau terokai ruang gua terbesar di dunia di Taman Negara Mulu, Sarawak.

Percaya atau tidak, terdapat banyak destinasi di negara ini yang masih belum anda jelajahi.

4. Raikan perbezaan kita

Terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa dan agama, setiap individu membentuk masyarakat yang unik di Malaysia. Marilah kita meraikan kepelbagaian kita dan menjadi lebih bertolak ansur terhadap satu sama lain terutamanya selepas gelombang perubahan baru-baru ini.

Walaupun kita mungkin mempunyai perbezaan namun pada akhirnya, kita semua manusia hidup di satu bawah bumbung yang berbilang kaum dan harmoni.

5. Bangga dengan budaya kita

Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan budaya tersendiri terutama dari segi makanannya. Makanan kita telah menjadi perhatian global seperti pakaian nasi lemak dan rendang ayam crispy dan baru-baru ini, laksa kari kita telah tersenarai dalam Eatlist Terbaik dari Lonely Planet.

Berbanggalah dengan budaya kita dan tunjukkan rasa bangga anda dengan berkongi budaya kita kepada dunia!

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker