Gaya HidupKesihatan

10 Permainan Tradisi Baik Untuk Perkembangan Fizikal Anak Anda

Anak generasi baharu ini semuanya lahir dengan gajet di hadapan mata mereka. Walaupun ia membuat mereka semakin pandai dan memberi masa untuk ibubapa tenang seketika tetapi ia juga tidak baik untuk kesihatan mereka.

Terdapat kajian yang menunjukkan aktiviti fizikal akan memberikan mereka tidur yang lebih baik sekaligus membolehkan mereka fokus dengan lebih baik.

Aktiviti fizikal ini juga boleh memberi minda anak anda berfikir dengan lebih kreatif dan meningkatkan lagi kemahiran bersosial. Selain daripada itu, ia boleh menguatkan lagi otot dan tulang anak anda.

Kementerian Kesihatan memberi saranan untuk kanak-kanak mendapatkan sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal dalam satu hari. Walau bagaimanapun, pastikan persekitarannya adalah selamat dan ia tidak semestinya 60 minit berturut-turut. Ia boleh dibahagikan kepada tiga sesi iaitu 20 minit setiap sesi.

Antara permainan dahulu yang sering dimainkan yang boleh dipraktikkan hingga kini ialah:-

  1. Lompat getah – kita boleh buat getah bersama mereka dan bersama mengajar mereka cara memainkannya iaitu melompat dari ketinggian rendah sehingga paras kepala. 
  2. Batu seremban – Dengan menggunakan kain perca dan biji kacang hijau, permainan ini memang merupakan kegemaran kanak-kanak perempuan. Membaling dan menangkap biji tersebut satu persatu.
  3.  ‘Bottle cap’ atau pemadam getah – Ini pula lebih digemari oleh kanak-kanak lelaki. Tembak pemadam getah/ bottle cap pemain menggunakan jentikan jari dan kreativiti. 
  4. Chapteh – Melantun bulu tangkis dengan kaki dan mengawal keseimbangan supaya bulu tangkis tersebut tidak jatuh. 
  5. Tarik upih – Ini mungkin memerlukan ruang yang lebih luas dan daun pelepah yang besar kerana seorang atau lebih dari seorang kanak-kanak akan duduk di atas daun tersebut manakala seorang lagi akan menariknya. 
  6. Teng teng – Pemain akan membaling batu ke dalam kotak yang telah dilukis, dan meloncat dengan satu kaki sehingga ke hujung dan balik semula dan mengambil batu tersebut dengan keadaan meloncat satu kaki. Jika kaki sebelah terkena tanah, anda harus mengulanginya atau dikira kalah. 
  7. Galah panjang – ini merupakan permainan dua pasukan. Pasukan yang menyerang harus sampai ke seberang manakala pasukan pertahanan perlu halang mereka. 
  8. Sorok sorok – Orang yang mencari harus mengira sehingga 10 dan yang lain perlu menyorok. Setelah habis kiraan, orang mencari harus mencari semua rakannya dan yang pertama dijumpai akan menjadi orang seterusnya untuk mencari yang lain pada permainan seterusnya. 
  9. Ibu ayam dan Musang – Menarik jika ramai yang ikut bermain. Ibu ayam perlu melindungi anak-anaknya yang berada dibelakangnya daripada ditangkap musang. 
  10. Baling selipar – tiga selipar akan dibentuk seperti piramid dan objektifnya ialah untuk membaling satu selipar dan meleraikan piramid yang dibina. 
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker