InternationalNews

Semakin Ramai Remaja Di Hong Kong Tidak Berpengetahuan Tentang Pendidikan Seksual

Semakin ramai golongan remaja berumur 14 hingga 25 tahun di Hong Kong memilih untuk tidak menggunakan perlindungan seperti kondom ketika melakukan seks.

Kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh Aids Concern adalah berdasarkan kaji selidik yang dijalankan selama lima tahun yang merangkumi 3,013 orang muda, yang telah melawat pusatnya di Jordan untuk mendapatkan ujian untuk HIV dan penyakit kelamin lain.

Keputusan menunjukkan bahawa sejak 2014-15, peratusan penggunaan kondom di antara empat kumpulan, iaitu mereka yang melakukan hubungan seks semasa dalam hubungan, dengan rakan biasa (regular partners), dengan rakan kasual (casual partners) dan pelacur, telah menurun.

Individu ditanya sama ada mereka telah menggunakan kondom setiap kali mereka melakukan hubungan seks dalam tempoh enam bulan yang lalu.

Pada 2017-18, 71 peratus daripada mereka yang tidur dengan pelacur menggunakan kondom, berbanding 84 peratus pada 2014-15. Pada 2013-14, angka itu adalah 58 peratus.

Tetapi bagi tiga kumpulan yang lain, angka itu jatuh dalam tempoh yang sama. Ia jatuh daripada 56 peratus kepada 36 peratus bagi mereka yang tidur dengan pasangan kasual, 45 peratus kepada 27 peratus bagi mereka yang mempunyai hubungan heteroseksual, dan daripada 38 peratus kepada 28 peratus bagi mereka yang mempunyai pasangan biasa (regular partners).

Antara sebab utama yang diberi oleh peserti kajian (hampir 70 peratus lelaki) adalah, pasangan mereka meminta untuk tidak menggunakan perlindungan, mereka berasa risiko mendapat STD adalah rendah, dan mereka tidak mahu ‘merosakkan mood’.

Aids Concern menambah bahawa tidak ramai di antara mereka yang ditinjau mempunyai pengetahuan tentang kaedah kontraseptif seperti kondom atau pil kawalan kelahiran.

Ini menunjukkan bahawa remaja di Hong Kong tidak berpengetahuan tentang pendidikan seksual.

Kerajaan Hong Kong telah mengeluarkan data suku tahunan terakhir kes HIV baharu – dengan 154 orang yang didiagnosis pada suku kedua tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan bagi tahun ini adalah 296.

Sekolah-sekolah di Hong Kong tidak dikehendaki mengajar pendidikan seks sebagai subjek bebas, tidak seperti di Taiwan atau Britain.

Pengarah program Aids Concern, Mandy Cheung Hiu-wah telah menggesa kerajaan untuk sekurang-kurangnya memulakan konsultasi awam tentang bagaimana untuk meningkatkan pendidikan seksual untuk anak-anak muda di Hong Kong.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker