HiburanUncategorized @ms

Muzik Elektronik Pop Gaya Launchpad Shawn Wasabi

Jika anda ingin mendengar music pop elektronik yang menarik menggunakan launchpad, anda mungkin patut ‘google’ Shawn Wasabi.

Shawn Wasabi atau nama sebenarnya Shawn Serrano merupakan pemuzik yang memainkan muzik pop menggunakan launchpad.

Shawn dilahirkan di Salinas, Califonia dan beliau sangat minat bermain piano pada usia 8 tahun dan mula berjinak mengubah lagu menggunkan launchpad apabila meningkat usia.

Shawn adalah antara pelopor pemuzik launchpad dengan menampilkan gubahan lagu atau ‘mash-up’ muzik popular dari pemuzik eletronik seperti Skrillex.

Launchpad adalah sejenis mesin kotak muzik dilengkapi beberapa butang yang menghasilkan bunyi atau lagu mengikut butang yang ditekan dengan kandungan bunyi yang ditetapkan.

Antara lagu hasil Shawn yang popular menerusi saluran Youtube-nya adalah Marble Soda, Otter Pop (feat. Hollis), Burnt Rice, Spicy Boyfriend dan beberapa lagu lagi.

Video muzik Marble Soda-nya menerima lebih 24 juta tontonan.

Menarik tentang video muzik Shawn Wasabi adalah muzik dimainkan menggunakan launchpad dengan gerakan cahaya menarik dan cantik yang dihasilkan dari mesin ini.

Shawn dan Midi Fighter telah bekerjasama dimana Midi Fighter telah menghasilkan launchpad khas dipanggil Midi Fighter 64 ia mempunyai 64 butang berbanding model Midi Fighter yang lain.

Berbanding launchpad dipasaran, Shawn memilih Midi Fighter kerana  ia lebih keras serta mempunyai pencahayaan yang menarik dan butangnya seakan-akan butang permainan video arked.

Untuk koleksi video muzik Shawn Wasabi, klik di sini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker