AntarabangsaIsu Semasa

Kos Program Angkasa India Lebih Murah Berbanding AS, Rusia dan China

Ketika berucap sempena Hari Kemerdekaan India ke-72 pada 15 Ogos lalu, Perdana Menteri India, Narendra Modi menyatakan bahawa negaranya bakal melancarkan misi angkasa yang pertama menjelang tahun 2022 nanti.

Ini bermakna, India akan menjadi negara yang keempat di dunia untuk meladan ini akan menjadikan ia sebagai negara keempat di dunia untuk menghantar manusia ke angkasa lepas, yang sebelum ini pernah dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS), Russia dan China.

“Izinkan saya memberikan khabar gembira kepada seluruh rakyat negara ini. Pada 2022 atau jika mungkin sebelum itu, India akan mengibarkan benderanya di angkasa lepas,” katanya.

Dari segi kos program itu, India dijangka akan membelanjakan kurang daripada 100 bilion rupees (RM5.77 bilion), lebih murah daripada jumlah yang dibelanjakan oleh AS dan China.

Memetik laporan Reuters, reputasi negara itu sebagai ‘kuasa angkasa kos rendah’ dilihat semakin meningkat apabila ia berjaya melancarkan misi ke marikh (tanpa manusia) pada tahun 2014 dengan hanya membelanjakan wang bernilai AS$74 juta (RM303.6 juta).

Jumlah itu juga dilaporkan lebih rendah daripada bajet filem Hollywood “Gravity” dan hanya sebahagian kecil daripada perbelanjaan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Antarabangsa (NASA) untuk misi “Maven Mars” mereka yang bernilai AS$671 juta (RM2.75 bilion).

Menurut Jabatan Angkasa, misi tahun 2022 ini akan diketuai oleh Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO).

Seramai tiga orang krew akan dihantar ke angkasa lepas selama lima sehingga tujuh hari dalam kapal angkasa yang diletakkan pada orbit rendah bumi yang berketinggian 300 sehingga 400 kilometer.

“ISRO telah membangunkan beberapa teknologi penting seperti keupayaan bagi misi kemasukan semula ke bumi, sistem menyelamatkan diri bagi krew, modul konfigurasi, sistem perlindungan haba, sistem pengurangan kelajuan dan pengapungan, sistem sokongan nyawa dan lain-lain yang diperlukan untuk program ini,” kata Jabatan Angkasa dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi ISRO, K. Sivan menyatakan bahawa agensi itu telah “menyempurnakan aspek kejuruteraan misi”, walaupun ia masih baru dalam bidang bio-sains.

Syarikat-syarikat swasta juga akan mengambil bahagian dalam misi ini dan ISRO mungkin akan mempertimbangkan kerjasama dengan agensi-agensi angkasa daripada “negara-negara mesra yang mempunyai program angkasa yang canggih.”

China yang juga pesaing rapat India, telah mula menghantar manusia ke angkasa lepas pada tahun 2003.

Program angkasa negara komunis itu dilancarkan secara rahsia menerusi pihak tentera dan agensi-agensi kerajaan, di mana bajetnya dianggarkan bernilai 18 bilion yuan (RM10.8 bilion).

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker