Sukan

Harimau Malaysia: Sumareh Digugurkan, Beri Laluan Kepada Pemain Muda

Pemain kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh yang baru-baru ini berjaya menjadi rakyat Malaysia, tidak dipanggil untuk tugasan perlawanan persahabatan antarabangsa pasukan kebangsaan pada bulan depan.

Walaupun telah melakukan lapan pertukaran daripada pasukan yang bermain menentang Fiji pada 5 Julai yang lepas, masih tiada tempat untuk Sumareh yang kini bermain bersama pasukan Liga Super Pahang di dalam senarai pemain yang diumumkan oleh jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe pada hari Selasa.

Akhyar Rashid, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Syahmi Safari yang menyinar di Sukan Asia Indonesia, dimasukan bersama-sama Shahrel Fikri Fauzi yang bermain untuk kelab Nakhon Ratchasima FC di Thailand, Fazly Mazlan, Norshahrul Idlan Talaha, Faizal Marlias dan Mahali Jasuli.

Mereka yang tinggal adalah penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim, Syawal Nordin, Nazirul Naim Che Hashim, Kenny Pallray, Danial Ashraf Abdullah, Shafiq Shaharudin, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Syahrul Azwari Ibrahim.

Rizal Ghazali, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Adam Nor Adlin, Irfan Zakaria dan Syazwan Andik Ishak, yang turut bermain di Sukan Asia dan turut bermain untuk pasukan senior, juga disenaraikan.

Cheng Hoe percaya campuran pemain senior dan  remaja akan dapat mengukuhkan lagi skuadnya untuk perlawanan persahabatan menentang Taiwan yang akan berlangsung pada 7 September dan Kemboja pada 10 September.

24 pemain-pemain ini akan melaporkan diri pada hari Isnin.

Skuad Pasukan.

Penjaga gol: Farizal Marlias, Khairul Fahmi Che Mat, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy;

Pertahanan: Adam Nor Azlin, Fazly Mazlan, Shahrul Saad, Amirul Azhan Aznan, Rizal Ghazali, Syazwan Andik Ishak, Rawilson Batuil;

Tengah: Nazmi Faiz Mansor, Nasir Basharudin, Akram Mahinan, Syazwan Zainon, Akhyar Rashid, Irfan Zakaria, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Mahali Jasuli, Syahmi Safari;

Serangan: Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Zaquan Adha Abd Radzak, Shahrel Fikri Fauzi, Norshahrul Idlan Talaha

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker