Sukan

BAM Siasat Dakwaan Pertaruhan Di Kalangan Pemain

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengadakan satu siasatan yang menyeluruh ke atas dakwaan yang mengatakan pemain-pemain badminton negara sering bertaruh ketika latihan.

Presiden persatuan itu Datuk Seri Norza Zakaria telah mengarahkan jawatankuasa badan sukan itu untuk menyiasat dakwaan yang dikeluarkan oleh seorang jurulatih kebangsaan.

Norza telah mengesahkan jawatankuasa badan sukan itu (peraturan dan disiplin; bimbingan dan latihan) telah dimaklumkan untuk melihat kepada perkara itu.

Apabila dihubungi di Indonesia, Norza yang juga presiden kepada Majlis Olimpik Malaysia (OCM) berkata beliau menyedari akan perkara itu.

Pada hari Isnin, NSTP Sport menerima satu email daripada seorang ahli majlis BAM, yang dihantar kepadanya melalui seorang jurulatih kebangsaan yang mendakwa ada pemain-pemain mereka yang bertaruh di dalam sesi latihan.

Jurulatih itu juga menyatakan jawatankuasa bimbingan dan latihan gagal untuk menangani beberapa orang jurulatih lain, yang dikatakan menggalakan budaya tidak sihat ini di kalangan pemain-pemain kebangsaan.

“Ya, saya sudah membaca email berkenaan. Terdapat beberapa dakwaan, jadi saya telah mengarahkan jawatankuasa kecil kami untuk melakukan siasatan dengan segera.” ujar Norza.

Dakwaan ini datang pada masa yang sangat tidak sesuai, lebih-lebih lagi apabila kem badminton Malaysia kelihatan terumbang-ambing dan gagal untuk mendapatkan sebarang pingat di Sukan Asia Indonesia.

BAM telah berkali-kali menegaskan kepentingan menjauhkan diri daripada amalan tidak sihat seperti ini.

Malah, BAM telah berikrar untuk menggugurkan mana-mana pemain yang terlibat dengan pertaruhan, perjudian atau aktiviti-aktiviti mengatur perlawanan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker