Sukan

Mourinho Mahu Dihormati Selepas Spurs Lanyak United 3-0

Pengurus Manchester United Jose Mourinho meminta dihormati selepas pasukannya mengalami kekalahan terbesar di laman sendiri di dalam kariernya apabila Harry Kane dan Lucas Moura meletakan Tottenham di tangga teratas liga bersama-sama Liverpool, Chelsea dan Watford dengan 3-0 di Old Trafford.

Kekalahan kedua berturut-turut itu menambah lagi tekanan ke atas pengurus dari Portugal itu apabila United kini dipintas Spurs, Liverpool, Chelsea dengan enam mata dan empat mata dibelakang juara Manchester City selepas tiga perlawanan di dalam kempen musim baharu ini.

Kebarangkalian Mourinho dipecat semakin menggunung sejak beberapa minggu ini. Selain keputusan perlawanan yang memalukan, Mourinho turut berkelahi dengan ketua naib pengerusi kelab, Ed Woodward kerana tidak membenarkannya untuk membeli pemain.

Walaupun begitu, dia membidas pengkritiknya dan mengatakan rekodnya memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak tiga kali ketika dia bersama Chelsea.

“Saya seorang telah memenangi lebih banyak Liga Perdana Inggeris daripada gabungan 19 pengurus lain. Tiga untuk saya, dua untuk mereka. Hormat!” Mourinho menempelak kepada para wartawan sambil meluru keluar daripada sidang media pasca-perlawanannya.

Mourinho berdiri di hadapan Stretford End di Old Trafford selepas tamat perlawanan untuk memberi tepukan kepada penyokong, yang tidak ‘boo’ pasukannya walaupun dengan keputusan yang memalukan itu.

“Hari ini saya mendapat bukti bahawa hakim terbaik adalah pada penyokong,” tambah Mourinho.

United bermain dengan baik dan mengawal perlawanan di 45 minit yang pertama, sebelum Spurs memperkemaskan permainan dan menjaringkan dua gol dalam masa dua minit selepas sepak mula separuh masa kedua bermula.

United terlepas peluang untuk berada di hadapan apabila Romelu Lukaku gagal menyempurnakan beberapa peluang, terutamanya apabila penyerang dari Belgium itu gagal menyumbat masuk bola ke dalam gawang gol yang terbuka selepas 15 minit perlawanan bermula.

Tottenham tidak pernah menjaringkan sebarang gol ketika berkunjung ke Old Trafford ketika dibawah kendalian Mouricio Pochettino.

Tetapi, kata-kata semangat yang diberikan pengurus dari Argentina itu ternyata memberi kesan mendalam apabila Spurs seolah-olah seperti satu pasukan yang berbeza di separuh masa kedua.

David de Gea sebelum itu menghalang percubaan dari Kane dan Dele Alli, namun selepas itu Kane melompat tinggi dan menyambut hantaran daripada sepakan sudut Kieran Tripper lalu menanduk bola itu ke dalam gawang gol United.

Hugo Lloris pula mengekalkan tempatnya di dalam kesebelasan utama Spurs dan jawatannya sebagai kapten pasukan walaupun sebelum ini dia ditahan keranan minum ketika memandu pada hari Jumaat.

Dan kepercayaan Pochettino terhadap penjaga golnya itu membuahkan hasil apabila Lloris menggagalkan cubaan Lukaku sekali lagi dan mengekalkan Spurs di hadapan.

Seminit selepas itu, mereka meluaskan jurang gol apabila hantaran sudut daripada Christian Eriksen disudahkan oleh Lucas.

“Ia adalah kemenangan besar buat kami dan saya sangat berbangga dengan persembahan itu,” ujar Pochettino.

“Sukar untuk menewaskan Manchester United di Old Trafford. Mereka lebih bagus di separuh masa pertama tetapi kami bangkit selepas itu.

Mourinho meluru ke atas padang bagi menyintuk semangat kepada anak buahnya. Tetapi ianya sudah terlambat dan kerosakan sudah terjadi. Tetapi segalanya tidak beralhir di situ buat tuan rumah.

Lindelof yang bermain menggantikan Jones yang tercedera dihukum apabila bola yang dihantarnya kepada de Gea tidak sampai ke tangan penjaga gol itu, sebaliknya dirampas Dele Alli. Walaupun percubaan Alli dapat diselamatkan de Gea, Kane yang sedang menunggu di sudut lagi satu menanduk masuk ke gawanag United.

Kemudian Lindelof sekali lagi menjadi duri dalam daging buat United apabila dia ditewaskan oleh Lucas sebelum percubaan Lucas tersasar.

Mourinho pada ketika itu diejek oleh penyokong Tottenham dengan menyanyikan “anda akan dipecat esok pagi”.

Kedudukan Woodward masih lagi selamat buat masa ini. Tetapi bagi United yang semakin bergelut hanya untuk mendapat tempat di empat pasukan teratas, masa sudah semakin suntuk untuk Mourinho membawa juara England sebanyak 20 kali itu kembali ke landasan yang betul.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker