Gaya HidupKerjaya

Mengubah Persepsi Mekanik Kepada “She-canic”

Dari luar, kedai auto ini kelihatan seperti garaj-garaj lain di pinggir bandar Philadelphia, Amerika Syarikat. Tetapi dari dalam, ianya jelas bahawa ini bukan garaj biasa. Tidak ada kelibat seorang lelaki lelaki pun yang kelihatan.

Selamat datang ke Girls Auto Clinic, di mana satu armada mekanik wanita atau dikenali sebagai “she-canics” memecahkan stigma dalam industri yang didominasi oleh lelaki.

Di Amerika Syarikat, wanita merupakan separuh daripada semua pemandu, menurut Jabatan Pengangkutan, tetapi mereka hanya menyumbang kira-kira tiga peratus daripada semua juruteknik dan mekanik automotif.

“Saya pernah menjadi wanita yang tidak menggemari industri automotif dan membenci kerja-kerja itu,” kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Girls Auto Clinic, Patrice Banks.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang auto. Saya selalu berasa seperti saya memerlukan seorang lelaki untuk berjumpa mekanik atau saya akan diambil kesempatan.”

Banks berusia 31 tahun dan bekerja sebagai pengurus di sebuah makmal kejuruteraan pada tahun 2012 apabila dia memutuskan untuk menukar kerjaya, kembali ke sekolah dan menjadi seorang mekanik.

Image result for girls auto clinic she-canics
Pemilik Girls Auto Clinic, Patrice Banks

Girls Auto Clinic yang bermula sebagai bengkel kereta bulanan untuk wanita, berubah menjadi perniagaan yang berjaya. Sembilan daripada sepuluh pekerja bengkel itu adalah wanita.

Tahun lepas, Banks membuka Girls Auto Clinic secara rasmi, lengkap dengan salon kuku untuk pelanggan wanitanya.

“Saya ingin mencipta perniagaan di mana wanita berasa dialu-alukan dan merasa diberi kuasa. Kalau wanita adalah pelanggan yang menjadi keutamaan, mereka tidak akan diambil kesempatan,” kata Banks dengan senyuman.

Girls Auto Clinic telah dibuka selama lebih setahun dan telah membina asas pelanggan setia.

Banks menganggarkan bahawa 75% pelanggannya adalah wanita dan ramai yang sanggup datang dari jauh untuk mendapatkan pengalaman pembaikian kereta yang unik di bengkelnya.

Banks berharap untuk memanfaatkan kejayaannya dan menjadikan bengkelnya sebagai francais di seluruh negara. Kempen pembiayaan orang ramai baru-baru ini dilancarkan bertujuan membantu membuka dua lokasi baharu pada tahun 2019 dan tiga lagi pada tahun 2020.

“Kami berada dalam arus yang betul ketika orang ramai mencari perkara seperti ini. Inilah masa yang tepat untuk menunjukkan kuasa wanita,” kata Banks, yakin bahawa Girls Auto Clinic akan menjadi bengkel kepercayaan dalam kalangan pemandu wanita. – Star2

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker