MalaysiaPolitik

MCA Keluar BN Jika Kalah di Balakong?

Masa depan MCA bersama Barisan Nasional (BN) akan ditentukan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Onn Ka Chuan berkata, PRK itu adalah ujian untuk parti itu menentukan masa depan parti.

Katanya, ini kerana selepas 60 tahun bekerjasama dan berada dalam BN, ini kali pertama parti itu bertanding atas tiket sendiri.

“PRK ini adalah percubaan parti untuk menilai sokongan dan kemampuan MCA kerana ada yang menyatakan parti ini menjadi liabiliti kepada BN. Ini PRK bukan Pilihan Raya Umum jadi mudah untuk kita buat ujian yang agak berani ini ,” katanya.

Ong berkata, bertanding sebagai satu parti dalam PRK adalah satu ujian yang luar biasa untuk MCA.

Image result for mca prk balakong

Katanya, beliau akui tindakan itu satu keputusan yang berat untuk menguji sama ada MCA masih ada sokongan terutama dalam kalangan orang Cina atau pun sudah tidak dipercayai masyarakat.

“Pembangkang MCA menuduh kami terlibat dalam rasuah dan mempunyai imej yang buruk. Hari ini, kami ingin memberitahu dan menunjukkan kepada masyarakat bahawa MCA ikhlas dan benar-benar mahu mewakili masyarakat Cina.

“Ini cubaan agak berani dan kita akui sukar juga nak jelaskan kepada parti komponen… kita juga serba salah. kalau tidak buat kita tidak tahu sokongan, kekuatan dan kelemahan kita,” katanya.

Beliau menjelaskan keputusan bertanding atas tiket MCA adalah pelan jangka pendek untuk menentukan masa depan parti.

“Apa yang kita buat ini ikhlas dan bukan untuk mengasingkan diri dengan parti lain. Kita akui formula kerjasama dengan parti lain itu bagus malah PH pun menggunakan pendekatan yang sama,” katanya.

Mengulas mengenai kerjasama dengan parti komponen BN, katanya, ia masih berjalan seperti biasa. Ini kerana di Perlis dan Pahang, MCA bersama parti komponen lain dalam BN sudah membentuk kerajaan.

“Kami sedar MCA sejak 1949 lagi sudah bekerjasama dengan UMNO dan kerjasama dengan parti lain ini penting,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai mesyuarat BN, Ong menjelaskan ia berkemungkinan besar akan diadakan selepas PRK Balakong.

“Apa saja keputusan dan nasib MCA akan diketahui pada mesyuarat itu nanti berdasarkan PRK ini,” jelasnya.

Sumber: Malay Mail

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker