Isu SemasaSainsTempatan

Cadangan Dr Xavier Mungkin Tidak Semudah Itu

Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berkata program penghutanan semula secara besar-besaran akan dilakukan ke atas kawasan yang menjadi lapang akibat pembalakan.

Menurut beliau, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC) akan mendapat geran daripada kerajaan Norway untuk menjalankan penghutanan semula tersebut.

“Ia seperti FDI (Foreign Direct Investment – pelaburan langsung asing). Mereka datang, kita jual bond hijau. Kita kata kita mahukan penghutanan semula. Kita beri mereka tanah, mereka datang dan tanam pokok,” katanya kepada SundayStar.

Setelah kitaran enam hingga tujuh tahun, hutan tersebut boleh dituai semula untuk industri seperti bioplastik.

Gambah hiasan Sumber Utusan Malaysia sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2015 di FRIM yang telah menanam 200 anak pokok tualang (Koompassia excelsa) dan buluh madu (Gigantochloa albociliata).

“Kerajaan negeri haruslah bersetuju kerana tanah tersebut berada dalam bidang kuasa negeri. Ini kerana pada masa sekarang terdapat tanah lapang setelah pembalakan. Jadi apa salahnya kita lakukan penghutanan semula dan bawa pelaburan asing dengan FDI untuk melakukannya? Saya rasa dalam jangka masa panjang, negara boleh mendapat keuntungan daripada ini,” kata Dr Xavier.

Dr Xavier berkata bahawa terdapat tiga negeri yang mengalami pengurangan hutan yang teruk akibat pembalakan.

Namun ia merupakan sumber kewangan bagi tiga negeri ini iaitu Kedah, Pahang dan Kelantan. Permit pembalakan yang dikeluarkan mungkin bernilai RM500juta setahun tetapi industri ini mungkin boleh menjana 10 kali dari jumlah tersebut.

Oleh itu, jika pembalakan tidak dibenarkan sama sekali, mereka perlu dapatkan pampasan. Namun, nilai sebenar tidak dapat dihitung dan ia tidak boleh dipulihara dengan cara ini.

Keseimbangan dalam penebangan hutan perlu ada kerana bencana alam seperti banjir, tanah runtuh akan berlaku jika tidak diambil serius. Ini telah berlaku di Pulau Pinang dan Cameron Highland.

Walau bagaimanapun, terdapat seorang penulis di dalam akhbar TheStar telah membalas kenyataan yang dikeluarkan Dr Xavier tentang kemungkinan halangan yang bakal beliau hadapi dalam proses penghutanan semula serta cadangan.

  1. Penghutanan semula bukanlah silap mata yang boleh menyelesaikan masalah alam sekitar pada kadar segera.
    Ia mengambil masa yang panjang, kos yang tinggi dan tiada jaminan 100% kejayaan kerana ia pernah gagal di negara seperti utara Nigeria dan tidak begitu berhasil di barat daya China.
    Penghutanan semula sebenarnya tidak dapat menjamin keupayaan mengadakan kawasan tadahan air, pengawasan tanah hakisan dan perlindungan air sungai. Ia hanya merawat simptom dan bukannya punca masalah. Ia seharusnya tidak boleh menyimpang dari punca penyakit alam sekitar iaitu pemusnahan hutan.
  2. Jangan beri tanggapan kepada orang ramai bahawa program penghutanan semula ini boleh memulihkan hutan yang musnah akibat pembalakan dan terdapat NGO yang boleh menyelesaikan masalah ini kerana ia boleh menyebabkan orang mengambil kesempatan dan melakukan pembalakan berleluasa lebih dari apa yang berlaku sekarang. 
  3. Walaupun penghasilan kerajaan negeri dilihat banyak diperoleh daripada pembalakan hutan, tetapi berapa pula harga negeri-negeri yang kekurangan hutan ini perlu bayar untuk dapatkan air yang bersih? Berapakah peruntukan kerajaan untuk menangani masalah banjir dan tanah runtuh setiap tahun? Kos yang tersirat ini mungkin akan melebihi dari penghasilan kerajaan negeri akibat pembalakan.
  4. Oleh sebab pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati, seharusnya hutan di Malaysia tidak boleh ada penukaran taraf tanah sama sekali. Dengan keadaan Semenanjung Malaysia yang hanya diliputi 40% hutan, perkara ini sangat kritikal. Dr Xavier juga perlu melihat semula kawasan yang perlu dilindungi.
  5. Penukaran hutan sifar (Zero forest conversion) merupakan polisi anti-pembalakan tetapi terdapat juga alternatif lain seperti pembalakan terpilih tetapi ia perlu dilakukan secara mampan dan telus. 
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker