Teknologi

Pengecasan Pantas VOOC Oppo F9

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Oppo sebuah syarikat telefon pintar telah mengeluarkan sebuah model yang menarik dengan kehebatan pengecasan VOOC.

Oppo F9 bakal berada di pasaran pada akhir bulan Ogos merupakan sebuah telefon ‘mid-range’ dengan spesifikasi terbaik pada harga yang mampu milik.

Seperti yang diiklankan, telefon ini dilancarkan dengan 2 variasi warna merah dan biru yang sangat menarik.

SPESIFIKASI YANG BAIK PADA HARGA YANG BERPATUTAN

Oppo F9 dilengkapi processor Mediatek MT6771 Helio P6 Quad Core beserta RAM 6GB.

Untuk storan, telefon ini dilengkapi storan dalaman sebesar 64GB dan pengguna boleh menambah sehingga 256GB menggunakan microSD.

Menarik tentang paparan skrin pula, F9 dibina menggunakan LTPS IPS LCD skrin bersaiz 6.3 inci.

Namun, Oppo memperkenalan rekaan terbaru untuk takuk kamera hadapan dimana ia seperti titisan air dengan saiz yang sangat kecil dari rekaan takut telefon pintar yang lain.

Untuk kamera hadapan telefon ini dilengkapi 25MP kamera dan 16MP/2MP dual kamera untuk kamera belakang.

MENGECAS MENGGUNAKAN VOOC

Berbeza dengan model sebelumnya, F9 diperkenalkan dengan kebolehan mengecas telefon dengan teknologi VOOC.

Ia adalah sistem pengecas pantas dimana hanya 5 minit mengecas telefon yang kehabisan bateri, ia boleh digunakan selama 2 jam.

Teknologi ini dilaporkan mampu mengecas telefon dari 0% hingga 100% di bawah 50 minit.

Untuk mempromosikan telefon ini, Oppo akan memberikan promosi untuk pra tempahan dimana pembeli akan menerima Oppo Thermos, sebuah speaker bluetooh dan kad keahlian O-Club.

Oppo F9 telah ditetapkan pada harga RM1,399 disemua kedai-kedai Oppo yang rasmi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker