Sukan

Cheng Hoe Mahu Pemain Bawah-23 Bermain Untuk Pasukan Senior

Jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe mengesahkan pada hari Ahad bahawa beberapa pemain Bawah-23 yang menyinar di Sukan Asia, akan di panggil untuk sesi latihan berpusat yang akan bermula pada 3 September ini.

Pasukan senior Malaysia akan menentang Taiwan pada 7 September dan Kemboja pada 10 September di dalam siri perlawanan persahabatan bagi mempersiapkan diri mereka untuk Piala AFF yang akan berlangsung pada bulan November.

Walau bagaimanapun, Cheng Hoe enggan mendedahkan nama-nama yang menarik minatnya di Sukan Asia itu.

“Saya akan mengumumkan senarai 24-pemain saya untuk latihan berpusat pada esok hari. Saya ada sekurang-kurangnya lapan orang pemain daripada skuad Bawah-23 di dalam senarai saya,” ujar Cheng Hoe pada hari Isnin.

Skuad Bawah-23 yang dikendalikan oleh Ong Kim Swee telah melakukan dengan baik di Sukan Asia dengan menewaskan Korea Selatan di peringkat kumpulan dan melangkah ke peringkat 16 pasukan terakhir, sebelum mereka ditewaskan 1-0 oleh Jepun.

Cheng Hoe menyatakan bahawa dia merancang untuk mencampurkan pemain senior dan pemain dari skuad Bawah-23 untuk tugasan antarabangsa itu nanti.

“Skuad Bawah-23 telah melakukan yang terbaik di Indonesia dan saya percaya itu telah menaikkan status bola sepak Malaysia. Saya juga telah meletakkan nama-nama mereka yang menyinar di dalam perlawanan Piala Malaysia ke dalam senarai saya,” tambah Cheng Hoe.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker