AntarabangsaIsu Semasa

Indonesia Mengeluarkan Garis Panduan Laungan Azan

Masjid di Indonesia telah diarah untuk tidak melaungkan zikir ataupun bacaan Al-Quran ketika orang ramai sedang tidur, berehat, atau sedang mempraktikkan agama lain.

Mereka juga telah diarah untuk tidak menaikkan tahap bunyi apabila ingin melaungkan azan.

Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia telah mengeluarkan pekeliling tentang cara untuk melaungkan azan, dengan garis panduan mengenai masa dan bagaimana ia harus dilaungkan oleh masjid di seluruh negara. 

Isu tersebut bermula apabila seorang wanita mengadu kepada jirannya kerana sering terganggu dengan laungan azan berhampiran kediamannya.

Wanita bernama Meliana, mengadu kepada jirannya pada 2016 tentang jumlah azan yang dilaungkan oleh sebuah masjid berdekatan rumahnya di Sumatera utara.

Tetapi jirannya itu memberitahu orang lain tentang hal berkenaan dan kemudian khabar angin bahawa Meliana ingin mengharamkan azan tersebar.

Hal tersebut telah mengundang kemarahan dan kekejaman umat Islam terhadap beberapa kuil Buddha. 

Ia dipercayai keganasan anti-Cina yang paling teruk di negara itu sejak tahun 1998.

Arahan dikeluarkan tiga hari selepas wanita berusia 44 tahun yang berketurunan Cina dan juga merupakan penganut agama Buddha itu didapati bersalah kerana mengeluarkan kata-kata berunsur cacian terhadap agama Islam (blasphemy) dan dihukum penjara 1 1/2 tahun oleh mahkamah daerah Medan.

Selepas Meliana dijatuhi hukuman pada hari Selasa (28 Ogos), masyarakat dan peguam sivil mengecam keputusan itu yang dianggap sebagai berlebihan dan tidak patut.

Dengan tajuk “Panduan Penggunaan pembesar suara di Masjid, Langgar dan Musholla”, pekeliling yang dikeluarkan pada hari Jumaat (24 Ogos) menggesa institusi keagamaan untuk mematuhi arahan Ketua Pengarah Panduan Muslim.

Langgar dan Musholla adalah istilah yang digunakan di Indonesia untuk tempat beribadah umat Islam.

Dua buah organisasi Islam yang terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah, juga mempersoalkan hukuman terhadap wanita itu.

Berikut adalah garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam mengenai azan

1. Pembesar suara di masjid harus diuruskan oleh kakitangan yang berpengalaman untuk mengelakkan bunyi mengepit, bersenandung, dan bunyi lain yang berpotensi menimbulkan rasa tidak senang terhadap masjid.

2. Mereka yang melaungkan azan mesti mempunyai suara yang merdu dan baik.

3. Jangan menaikkan tahap bunyi ketika membaca doa.

4. Kecuali azan, jangan melaungkan bacaan wirid, Al-Quran dan lain-lain  ketika kebanyakan orang mungkin sedang tidur, berehat, dan berdoa.

5. Azan mesti memenuhi keperluan asas termasuk melodi dan mudah di telinga.

6. Azan hendaklah disiarkan pada waktu yang sesuai seperti semasa solat subuh pada waktu subuh. Aktiviti-aktiviti seperti bacaan Al-Quran hanya menggunakan pembesar suara dalaman sahaja.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker