Hiburan

10 Pelakon Lelaki Dengan Pendapatan Tertinggi 2018

Selepas mengeluarkan senarai pelakon wanita dengan pendapatan tertinggi pada minggu lalu, Forbes pada minggu ini menyenaraikan 100 pelakon lelaki dengan gaji termahal untuk tahun ini. Paling mengejutkan apabila pelakon lelaki yang menduduki tempat pertama dalam senarai terbabit, tidak membintangi sebarang filem pada tahun lalu.

Berkaitan: Scarlett Johansson Dahului Senarai Aktres Terkaya Forbes

Berikut adalah sepuluh pelakon lelaki berpendapatan tertinggi di dunia, menurut Forbes:

10. Chris Evans – $34 juta

Pungutan pendapatan Evans berpunca dari peranannya sebagai Kapten Amerika dalam filem Marvel Cinematic Universe, termasuk blockbuster tahun ini “Avengers: Infinity War.”

9. Salman Khan – $38.5 juta

Khan, seorang bintang Bollywood, memperoleh $ 38.5 juta daripada gabungan filem-filem yang dibintangi dan dihasilkan olehnya, termasuk “Tiger Zinda Hai,” dan duta bagi barangan pengguna seperti motosikal Suzuki dan gula-gula getah Chlormint.

8. Adam Sandler – $39.5 juta

Sandler memperoleh berjuta-juta daripada filem Netflix yang ditandatangani pada tahun 2014 dan diperluaskan untuk empat filem pada tahun 2017. Forbes berkata Sandler juga memperoleh enam angka untuk setiap persembahan komedi langsung yang dilakukannya pada tahun lepas.

7. Akshay Kumar – $40.5 juta

Kumar, seorang lagi bintang Bollywood membawa keuntungan dari filemnya seperti “Toilet” dan “Padman.” Dia juga mengendors sekitar 20 jenama termasuk konglomerat kewangan India Tata dan pengeluar bateri Eveready.

6. Will Smith – $42 juta

Smith memperoleh $20 juta melalui peranannya dalam filem Netflix, “Bright” selain menandatangani kontrak untuk muncul dalam filem-filem akan datang, termasuk adaptasi “Disney Aladdin” dan komedi animasi komputer “Spies in Disguise”.

5. Jackie Chan – $45.5 juta

Image result for jackie chanChan mengutip jutaan dollar daripada peranannya dalam enam filem pada tahun 2017, termasuk “Kung Fu Yoga” dan “The Foreigner.” Pelakon dari China itu juga turut mengendors produk dan menghasilkan pendapatan dari teater yang dimilikinya.

4. Chris Hemsworth – $64.5 juta

Pendapatan Hemsworth tahun ini lebih daripada dua kali ganda pendapatannya daripada senarai tahun 2017. Kebanyakan gajinya diperoleh melalui dua filem Marvel blockbuster, “Thor: Ragnarok” dan “Avengers: Infinity War.”

3. Robert Downey Jr. – $81 juta

Downey Jr. dilaporkan mengumpul hampir dua kali ganda gajinya dari senarai 2017 Forbes kerana penampilannya sebagai Iron Man dalam filem Marvel, termasuk anggaran $15 juta pendahuluan untuk peranan ringkasnya pada tahun 2017 dalam “Spider-Man: Homecoming.”

2. Dwayne “The Rock” Johnson – $124 juta

$124 juta Johnson memberinya jumlah yang paling tinggi untuk pendapatan dalam sejarah Celebrity 100 Forbes. Sebahagian besar wang Johnson diperoleh daripada lakonan termasuk beberapa filem blockbuster seperti “Jumanji: Welcome to The Jungle”, dan “Rampage”.

1. George Clooney – $ 239 juta

George Clooney.Clooney membawa pendapatan tertinggi dalam kerjayanya dan dalam sejarah senarai pelakon Forbes. Clooney membawa pulang gaji sebelum cukai yang berjumlah $ 239 juta antara 1 Jun, 2017 dan 1 Jun 2018.

Walaupun tidak muncul dalam mana-mana filem dalam tempoh itu, Clooney memperoleh gaji yang tinggi dengan kekuatan penjualan jenama tequila $700 juta, Casamigas Tequila, pada bulan Jun 2017.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker