Isu SemasaTempatan

Semua Pengasuh Perlu Daftar Di Bawah Kementerian

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes berhubung kanak-kanak yang tercedera di bawah penjagaan pengasuh.

Baru-baru ini juga terdapat sebuah kes di mana seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang sedang dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di Seremban selepas mengalami pendarahan otak ketika di bawah penjagaan pengasuh.

Bagi menangani kes pengasuh cuai, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memindakan undang-undang bagi memerlukan semua pengasuh untuk mendaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dr Wan Azizah berkata bahawa pasukan petugas akan ditubuhkan di bawah kementerian itu, yang juga sedang menubuhkan sistem pendaftaran bagi para pengasuh.

Beliau berkata semua pengasuh di negara ini perlu didaftarkan untuk memastikan mereka tidak mempunyai rekod jenayah.

Kementerian juga sedang mengkaji bagaimana cara untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di negara ini, selain menangani kelemahan di dalam undang-undang.

“Laporan (yang kami terima) mengatakan bahawa pengasuh tersebut tidak mempunyai latihan daripada kementerian.

“Ini adalah salah satu kelemahan di dalam undang-undang, di mana ia tidak wajib bagi mereka yang menjaga kurang daripada empat kanak-kanak untuk menjalani latihan daripada kementerian.

“Sekarang, kita perlu mengetatkan undang-undang,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata kerajaan Selangor sudah pun menaja latihan asas untuk perkhidmatan penjagaan anak.

Beliau juga menggesa ibu bapa memilih pengasuh yang layak dan berdaftar dengan kementerian.

Dalam kes Seremban baru-baru ini, ibu kanak-kanak lelaki tersebut menghantar anaknya ke hospital selepas pengasuh memberitahu bahawa anaknya telah kehilangan kesedaran.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker