Gaya HidupKerjaya

5 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Jika Ditawarkan Kerja Baharu

Pernah tak anda berada di dalam senario tidak pasti untuk tukar kerja atau tetap di tempat kerja yang sekarang?

Dilema ini akan berlaku lebih-lebih lagi apabila anda selesa di tempat kerja sekarang. Ia pasti akan membuat anda teragak-agak untuk pindah tempat kerja.

Setiap perubahan dan tempat baharu memerlukan usaha untuk penyesuaian dengan cara kerja dan rakan sekerja. Namun pada masa yang sama, cabaran baharu sudah pasti akan membuat anda lebih baik dalam apa yang anda sudah hebat sekarang.

Walau bagaimanapun, jika anda masih keliru lakukan perkara ini untuk memastikan langkah seterusnya adalah terbaik untuk diri anda dan masa depan.

  1. Selidik lebih dalam tentang syarikat menawarkan kerja

Memang sebelum anda pergi untuk temuramah pekerjaan di syarikat tersebut, sudah pasti anda sudah mendapat tahu sedikit sebanyak latar belakang syarikat tersebut.

Tetapi adakalanya kita terlepas pandang faktor-faktor seperti persekitaran tempat kerja, cara kerja syarikat, polisi syarikat dan sebagainya.

Oleh itu, cuba dapatkan informasi dari orang yang pernah bekerja di situ atau dari internet tentang syarikat yang menawarkan anda kerja tersebut. Seperti di laman web JobStreet, terdapat company reviews di mana orang yang bekerja di syarikat tersebut boleh memberikan pendapat mereka tentang persekitaran kerja di syarikat terbabit.

  1. Cuba dapatkan pertemuan kali kedua

Pertemuan kali kedua ini adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam kerja yang ditawarkan. Ini adalah supaya anda memahami kerja yang bakal anda lakukan sebelum anda menerima kerja tersebut secara rasmi.

Cuba mohon untuk bertemu pekerja lain di syarikat itu ataupun melihat tempat kerja anda untuk mengetahui keadaan di tempat kerja itu.

Jika syarikat tersebut tidak memberi respon yang baik terhadap permintaan anda itu, cuba untuk menjelaskan kebimbangan yang ada pada anda supaya mereka tidak akan rugi duit dan masa dengan mengambil anda bekerja jika anda juga tidak selesa untuk bekerja di syarikat tersebut.

  1. Anggap tawaran yang diberikan sebagai sebuah rundingan

Anda harus tahu bahawa anda tidak semestinya mengambil tawaran kerja tersebut dan ia adalah hak anda untuk berunding dengan syarikat yang menawarkan kerja tersebut. Terutamanya jika anda percaya anda dapat lebih daripada apa yang ditawarkan contohnya waktu kerja fleksibel, bayaran penuh semasa cuti bersalin, dan sebagainya. Anda harus ingat bahawa jika anda malu bertanya, kemungkinan anda tidak akan dapat apa yang diinginkan.

  1. Lihat lebih dari gaji yang ditawarkan

Salah satu sebab utama seseorang itu mahu kerja di tempat yang baharu ialah kerana tawaran gaji yang diberikan lebih lumayan tetapi anda harus melihat faktor-faktor lain juga.

Ini termasuk skop kerja, persekitaran kerja, nilai syarikat, rekod pengurusan syarikat, rekod kewangan syarikat dan banyak lagi.

Yang terbaik ialah untuk anda fikirkan kerjaya anda dengan syarikat tersebut pada jangka masa yang panjang. Adakah ia selari dengan aspirasi diri anda?

  1. Bertanyakan kepada diri sendiri

Menurut Jobstreet, anda terdapat enam soalan yang perlu anda tanyakan kepada diri sendiri untuk membuat keputusan yang tepat. Antaranya ialah

  • Adakah gaji yang ditawarkan lebih baik?
  • Adakah syarikat ini memberi ganjaran ataupun manfaat jangka panjang kepada anda?
  • Adakah syarikat ini bakal memberi inspirasi dan membuka jalan untuk anda mengembangkan kerjaya anda?
  • Bolehkah anda boleh masuk dengan baik dalam budaya kerja syarikat?
  • Adakah syarikat ini boleh memberikan anda keseimbangan di antara kerja dan kehidupan peribadi?
  • Adakah rakan sekerja anda boleh bekerjasama dengan anda?
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker