Gaya HidupPercutian

Kunjungi Lounrinha: Bandar Dinosaur di Portugal

Tyrannosaurus rex skala penuh adalah salah satu daripada peristiwa penting prasejarah yang dipamerkan di Dino Park di Portugal, sebuah taman tema baru di salah satu kawasan yang kaya dengan fosil di Eropah.

“Kami mempunyai 120 jenis dinosaur berskala besar yang terdiri daripada 70 spesies yang berlainan, dalam kawasan lebih dari 10 hektar (24.7 ekar),” kata Simao Mateus, pengarah saintifik Dino Park kepada AFP.

Walaupun baru saja dibuka, Dino Park yang terletak di sebuah daerah di Portugal yang terkenal di kalangan ahli paleontologi kerana kewujudan pelbagai fosil yang luar biasa, telah menarik pengunjung dari serata dunia.

Related image

Pekan Lourinha atau dikenali sebagai “bandar Dinosaur”, satu jam perjalanan ke utara Lisbon, telah menjadi Bandar dinosaur sejak sedozen fosil haiwan itu ditemui pada akhir abad ke-19.

Lourinha mempunyai muzium dinosaur dan patung-patung dinosaur yang diperbuat daripada logam atau damar di kebanyakan bulatan jalan, sementara laluan pejalan kaki dihiasi dengan lukisan tapak kaki dinosaur.

Pengunjung yang melawat taman terbabit akan disambut oleh model gergasi Supersaurus, salah satu jenis dinosaur terbesar. Diimport dari Jerman, patung-patung dinosaur memenuhi sepanjang jalur hutan di taman itu.

Kebanggaan sebenar taman itu adalah model dua ekor dinosaur yang benar-benar ditemui di Bandar tersebut.

Lourinhasaurus adalah sauropod – herbivora berkaki empat yang sama seperti Brachiosaurus atau Diplodocus – yang menjelajah hutan hujan barat Laurasia sekitar 150 juta tahun yang lalu.

Related image

Gergasi lembut itu tidak boleh dikelirukan dengan Lourinhanosaurus, seekor pemburu yang cerdik dan menyerupai buaya yang hidup di sekitar zaman yang sama seperti Lourinhasaurus.

Mateus berkata taman itu telah menjadi tarikan pelancongan yang popular dengan 175,000 pengunjung telah melawatnya dalam enam bulan sejak pembukaan, walaupun cuaca tidak berapa baik.

Taman dinosaur ini menawarkan pengalaman menarik kepada kanak-kanak tentang haiwan prasejarah yang telah lama hilang dari planet ini.

“Kanak-kanak suka dinosaur, mereka seperti makhluk misteri yang menjadi impian mereka. Terima kasih kepada kartun dan filem mengenai dinosaur, pengetahuan mereka tentang haiwan itu amat mengagumkan,” kata Filipa Pedro, pekerja taman itu. – GDN

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker