Gaya HidupMakan & Minum

Singapura Ingin Cadangkan ‘Budaya Hawker’ Dalam Senarai Unesco

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada hari Ahad (19 Ogos) mengumumkan bahawa Singapura bakal mencadangkan budaya hawker kepada Perwakilan Unesco Untuk disenaraikan di dalam Warisan Budaya Ketara (Unesco’s Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity).

Lee berkata pusat hawker di Singapura adalah “ruang makan masyarakat” dan merupakan antara sebahagian daripada warisan dan identiti negara.

Cadangan tersebut telah mendapat maklum balas negatif daripada ramai pihak kerana berpendapat bahawa negara ASEAN lain seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam mempunyai budaya hawker yang lebih asli.

“Dari segi makanan hawker, saya fikir Thailand dan Indonesia adalah yang paling menonjol,” kata seorang pengguna Facebook, Fikri Hasim.

Pengguna lain seperti Roy Yuen, Shahrain Mohamad dan Khoo ChunKheng berkata makanan di Pulau Pinang adalah yang terbaik.

Manakala, pengguna Facebook, Qui An berkata Pulau Pinang harus melobi untuk memasukkan negeri mereka ke dalam “destinasi makanan terbaik Asia dan tapak warisan untuk masakan Asia yang asli.”

Sarimah Samad-Imran mempersoalkan jika Singapura akan berhenti menuntut “nasi lemak dan kari laksa sebagai makanan mereka sendiri”.

“Nampaknya mereka terus menuntut “hawker” sebagai kebudayaan mereka? Saya rasa tidak lama lagi semua benda di bawah matahari akan menjadi makanan dan kebudayaan mereka,” katanya.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker