MalaysiaPolitik

Kerajaan PH Bakal Hilang Sokongan Orang Melayu?

Menurut satu tinjauan, rakyat Malaysia memberi Perdana Menteri Mahathir Mohamad penilaian 71 peratus, tetapi kebimbangan mengenai isu etnik dan agama telah meningkat sejak pilihan raya pada bulan Mei lalu.

Tinjauan yang dijalankan pada bulan Ogos oleh peninjau bebas Merdeka Centre adalah yang pertama sejak Tun Mahathir memenangi pilihan raya yang lalu dengan janji-janji untuk memerangi rasuah dan pembaharuan institusi.

Merdeka Center mendapati 71 peratus daripada 1,160 pengundi yang ditinjau antara 7-14 Ogos berkata mereka berpuas hati dengan prestasi Tun Mahathir dalam 100 hari pertamanya memegang jawatan Perdana Menteri buat kali kedua.

56 peratus berpuas hati dengan prestasi keseluruhan Pakatan Harapan (PH) dalam memenuhi janji pilihan raya dan 55 peratus mengatakan mereka percaya negara Malaysia menuju ke arah yang betul.

Angka-angka itu turun sedikit daripada tinjauan yang diambil tidak lama selepas kerajaan baru dibentuk pada bulan Mei, menunjukkan bahawa kegembiraan pasca pilihan raya telah menghilang.

Walau bagaimanapun, angka positif sekarang menunjukkan tahap kepuasan umum rakyat mengenai prestasi kerajaan baru mengenai beberapa isu sejak mengambil alih kuasa pada Mei 2018.

Keadaan ekonomi kekal menjadi isu utama, dengan hanya 48 peratus mengatakan mereka berpuas hati dengan bagaimana kerajaan baru berusaha untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Kira-kira 55 peratus berkata mereka tidak berpuas hati dengan langkah-langkah kerajaan dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

Kajian itu juga mencadangkan rakyat Malaysia lebih bimbang tentang isu etnik dan hak keagamaan. Sebanyak 21 peratus menyebut isu itu sebagai kebimbangan mereka, meningkat daripada 12 peratus berbanding pada bulan April.

Bangsa dan agama sering menjadi isu sensitif di Malaysia yang berbilang etnik, di mana kebanyakan rakyat majoriti etnik Melayu adalah Muslim, sementara anggota etnik minoriti Cina dan India adalah Buddha, Kristian atau Hindu.

Sesetengah kumpulan yang mewakili orang Melayu telah mengatakan hak-hak mereka sedang terhakis di bawah kerajaan baru, dan mengkritik pelantikan baru bukan Islam dalam jawatan utama kerajaan.

Kira-kira 44 hingga 45 peratus orang Melayu dalam kajian itu berkata mereka tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan dalam melindungi kedudukan Islam. Jika kerajaan PH tidak berhati-hati dalam langkah seterusnya, mereka bakal kehilangan sokongan daripada masyarakat Melayu dan Islam. – Reuters

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker